Monday, November 23, 2009

Rupanya....: The Summary Final part

Fuh... nak update blog pon take time... ingat pas aku tulis post Rupanya...: The Beginning Part 1, aku ble sambung tulis blog bile free. Sekali.... aku xder free time. Bz beb.

To summarize the whole story:
  • Erma masuk dewan bersalin pkl 10pm setelah 2 jam ke hulu-ke hilir dlm wad bersalin. Dgn berjalan, Erma dpt mengurangkan rasa sakit bersalin sambil aku ble suap dia mkn mlm - roti gardenia coklat dgn air mineral.
  • Erma selamat bersalin pkl 10.31pm. Baby menangis setelah selamat dilahirkan. Aku menyaksikan semuanya. Aku berada di sisi Erma sepanjang proses bersalin. Owh ya, Erma slamat bersalin baby perempuan.
  • Anak kami selamat lahir pada pukul 10.31pm, 31.10 tahun 2009. Tak sangka masa dan tarikh kelahiran bila diterbalikkan adalah sama.
  • Due to premature birth, baby kami perlu dimasukkan di NICU due to grunting. Means masa bernafas ada bunyi. If xder bunyi grunting tu, baby kami bole discharge mcm baby lain coz baby lahir 2.33kg which is good weight for a premature baby. Normally premature baby weight are lower than 2.1kg.
  • Dari pkl 11pm sampai la pkl 1am, aku menemani baby hingga aku lupa yg Erma akan di masukkan ke wad. Sungguh asyik aku dgn baby. Aku x sedih baby masuk NICU. Its for her best condition gak. Yg aku risau, perception other people bile dgr "masuk NICU". Thats y aku blackout all info to all ppl even to our parents. Aku bgtau parents aku bile Erma slmt bersalin & the rest of the info esoknya baru aku bgtau semua.
  • Aku daftar kelahiran baby pada 03.11.09. Aku namakan anak kami Ayra Ashadeeya which means Ayra - Respectable. Ashadeeya - Princess, Cute & beautiful. We are going to call her Ayra.
  • Ayra selamat keluar dari NICU genap umurnya seminggu.
  • Seminggu seterusnya Ayra ada dirumah kami. Our mums menemani kami dari ahad 1 Nov hingga 8 Nov. My mum teman hingga 4 Nov sbb dia nak kena pack utk menunaikan haji. But on the 11 Nov, dia dtg blk KL.
  • Ayra & mommy blk Selama on the 15 Nov - my birthday.

AllahuAkbar. Mmg hebat ciptaan tuhan. Aku telah menyaksikan dari Erma mengandung hinggalah bersalin. Sungguh hebat ciptaan tuhan. Aku panjatkan kesyukuran atas anugerah yg tak ternilai ini. Skrg aku bertukar status menjadi seorg ayah.

Aku berterima kasih pada semua yg dtg melawat, yg bg present utk Ayra, yg doakan keselamatan Erma & Ayra sepanjang 2-3 minggu ni. Budi baik korg mmg aku x ble balas.

Thanks all.

P/s: Erma marah dgn aku. Sbb hari sabtu tu smpai pagi ahad, aku memakai baju Metallica - Death Magnatic. hehe Ayah yg brutal.

Thursday, November 12, 2009

Rupanya....: The Beginning Part1

Fuh!! lama giler x update blog nie...
If korg tgk fesbook aku, korg mesti dah tau apa yg dah terjadi pada aku & especially Erma.
Yup! Erma dah slamat beranak. Betul rupenye kata mak aku dan adik bradik dia... mmg bile kaki Erma nye bengkak surut jer terus Erma sakit nak beranak.
Semuanya bermula pada pagi sabtu 31.10.09. Erma ngadu sakit kat bawah perut. Aku ingat dia sakit cam biasa. Pas jer mandi, x sakit lagi.
Maka teruslah kami bersiap ke Celcom Jln. Ampang and then Lot 10. Pada mulanya, x sakit sgt. Adela aku baca dlm buku panduan ibu bapa keluaran majalah Pa&Ma. Kemungkinan Erma ni sakit sbb baby turun dan himpti pundi kencingnye.
Niat utk membeli foundation (bedak muka tau) x tercapai. Selepas jer lunch x best di foodcourt Lot 10, Erma mengadu sakitnya makin teruk. Terus la kami blk ke umah. Then g klinik.
Doc ade tanye, ade pecah air ketuban ke x? sakit camane... etc. Mmg Erma xder pecah air ketuban....dia rasa la. So doc pon ckp benda yg sama - baby tgh nak turun & himpit pundi kencing. Bagi ler antibiotik. Blk umah, Erma pon mkn. Petua kena mkn tembikai la sapu olive oil & tuam kain pada tempat sakit, namun tetap x memberi kesan positif.
Erma makin sakit. Kedua2 mak aku & Erma membayangkan apa yg mereka bgtau pada mulanya - Erma nak beranak.
Lebih kurang pkl 8 mlm, aku pun menghantar Erma ke hospital Selayang. Destinasi - wad bersalin. Smpai jer sana, selepas nurse cek Erma, nurse tu panggil aku
" Encik nak daftar isteri encik wad kelas 2 atau 3?" Setelah tgk rate kelas2 tersebut, aku pon pilih ar kelas 2.
" Encik pegi ke wad kecemasan utk byr deposit utk pendaftaran"
Smpai jer kaunter bayaran di wad kecemasan, aku masih kompius. "Bini aku ni nak beranak ke?" kataku dlm hati.
Dgn x sedap hatinya aku pon bertanya pada pegawai bertugas di kaunter tuh. " Encik , boleh tlg telefon wad bersalin sbb saya nak kompemkan, betul ke isteri saya nak beranak ni? Ataupon utk cek jer?"
Terus je Aizuddin (nama pegawai tersebut - thanks bro!) kol wad dan bertanye. Setelah bertanye, terus dia bgtau, "Isteri encik mmg nak bersalin tuh"
Dlm hati ku, "Aiyamak! mcmane ble jadi cam ni?" Setelah membuat bayaran dan kembali ke wad bersalin, aku pon terus menunggu Erma.....
Panjang cerita ni beb! nnti aku smbg lagi k! hehehe.....