Tuesday, July 16, 2013

Liga Super Malaysia 2013

Liga Super Malaysia telah melabuhkan tirainya dengan LionsXII menjadi juara buat kali pertama. Season lepas LionsXII menjadi naib juara kepada Kelantan. Dengan dibarisi 100% pemain Singapura, V Sundramoorthy berjaya mengadun pemain berpengalaman seperti Shahril Ishak, Baihakki Kaizan, Hariss Harun, Isa Halim, Safuan Baharuddin & Izwan Mahbub dengan pemain bawah 23 Singapura menjadikan LionsXII mempunyai masa depan yang cerah. Berikut adalah kedudukan terakhir liga selepas tamat semua perlawanan.


Kelantan dan ATM yang menjadi favourite di awal musim nampaknya gagal untuk menyerlah. Bagi ATM pula, setelah beraksi agak cemerlang musim lalu menjadi juara liga Perdana, gagal untuk menyerlah walaupun pernah mengungguli carta liga di pertengahan musim. Konsistensi gagal dijelmakan apabila ATM merudum di 5 perlawanan terakhir musim.

Bagi Kelantan pula, kehilangan beberapa tonggak dan jadual liga, Piala FA & Piala AFC yang amat padat memaksa The Red Warriors bermain dengan jumlah game yang lebih banyak dari pasukan seperti LionsXII dan Johor DT menjadi punca below par performance di 1st half of the season. Setelah terkeluar dari persaingan AFC, Kelantan berjaya mencari konsistensi mereka dengan merangkul Piala FA menewaskan Johor DT dan beraksi cemerlang dalam baki perlawanan liga dengan kemenangan dan tanpa bolos.

Namun berlainan pula dengan Selangor. Pasukan bimbingan Irfan Bakit menjadi pasukan terbaik Malaysia selepas berjaya menghuni tempat naib johan sekaligus otomatik layak ke liga AFC musim hadapan. Walaupun mempunyai masalah yang sama seperti Kelantan, Selangor berjaya mengekalkan konsistensi mereka ditambah pula keampuhan jentera serangan gandingan Amri Yahyah & Forkie Doe menjadikan Selangor layak menduduki tempat kedua liga.

Untuk keputusan penuh perlawanan liga, klik di sini

Berikut pula adalah kesebelasan terbaik liga mengikut prestasi sepanjang musim 2013


Astro telah memilih Badri Radzi sebagai Most Valuable Player (MVP) season 2013. Dan bagi kawan, Shahril Ishak juga layak dinobatkan sebagai MVP musim 2013.

Tahniah kepada LionsXII kerana merangkul juara musim 2013. Moga musim depan, kita bakal menyaksikan persaingan yang lebih sengit dalam liga ini dengan kemasukan pasukan undefeated, Sarawak dan Sime Darby yang menggantikan Negeri Sembilan dan Felda United.


Friday, July 12, 2013

Eiz Zara Eisyah

Eiz bermaksud Kekuatan (Strength).
Zara bermaksud Puteri (Princess).
Eisyah bermaksud Kehidupan (Life).

Dan begitulah nama puteri kedua kawan.

Unlike kakaknya Ayra, Zara lahir di siang hari 9hb May 2013 pada jam 11:37am. Setelah berjuang selama sejam, akhirnya Erma selamat melahirkan anak kedua kami.

Prior to Zara birth, kitorang ada memikirkan siapa yang akan menjaga Ayra bila Erma sakit nak bersalin. Alas, kitorang opt to send Ayra dalam jagaan abang Erma yang tinggal tak jauh dari rumah kami. But, as its been destined, Erma bersalin di hari bekerja. So Ayra selamat di dalam jagaan nursery dia. So, kawan dapat fokus pada Erma dari awal sehingga selesai masuk wad.

Syukran Jaziran Ya Allah atas kurniaan ini.

Will blog when I get the chance.

Wasalam.