Showing posts with label Johor Darul Takzim FC. Show all posts
Showing posts with label Johor Darul Takzim FC. Show all posts

Thursday, August 01, 2013

Watsons Piala Malaysia 2013: Jadual Perlawanan


Pada 27.07.2013 yang lepas, FAM telah selesai menjalankan majlis pengundian bagi menentukan dimanakah letaknya setiap pasukan yang berjaya melayakkan diri ke Watsons Piala Malaysia 2013. Pasukan pasukan ini adalah terdiri daripada 10 pasukan yang menduduki tempat terbaik didalam liga Super Malaysia 2013, 4 pasukan terbaik Liga premier Malaysia 2013 & 2 pasukan yang melayakkan diri setelah melalui perlawanan play-off di antara 2 pasukan terbawah Liga Super menentang 2 pasukan ke-5 & ke-6 liga premier.

Berikut adalah kedudukan pasukan didalam balang mengikut ranking bagi memudahkan undian dibuat. Sedikit penerangan bagaimana penetapan pasukan dalam setiap balang:

Balang A: Top 4 pasukan Liga Super.
Balang B: Tempat ke 5 - 8 Liga Super.
Balang C: Tempat ke 9 & 10 Liga Super. Juara & Naib Juara Liga Premier.
Balang D: Tempat ke 3 & 4 Liga Premier. 2 pemenang pusingan play off.


Setelah undian selamat dijalankan, berikut adalah kedudukan setiap pasukan mengikut kumpulan:


Berikut adalah jadual perlawanan Piala Malaysia 2013 (Semua perlawanan bermula pada jam 8:45 malam kecuali dinyatakan):

20.08.2013

Kumpulan A
Johor FA vs. Selangor  - Stadium MPPG 
ATM vs. Sime Darby - Stadium Selayang

Kumpulan B
PKNS vs. Johor DT - Stadium Shah Alam
Felda Utd vs. T Team - Stadium MPPJ Jam (4:45 petang)

Kumpulan C
PAHANG vs. KELANTAN - Stadium Darul Makmur
Terengganu vs. Negeri Sembilan - Stadium Sultan Ismail

Kumpulan D
PERAK vs. SARAWAK - Stadium Perak
LionsXII vs. Kedah - Stadium Jalan Besar (7:45 malam)

24.08.2013

Kumpulan A
SELANGOR vs. ATM - Stadium Shah Alam
Sime Darby vs. Johor FA - Stadium Selayang

Kumpulan B
Johor DT vs. Felda Utd - Stadium Larkin
T Team vs. PKNS - Stadium Sultan Ismail

Kumpulan C
KELANTAN vs. TERENGGANU - Stadium Sultan Muhammad ke IV
Negeri Sembilan vs. Pahang - Stadium Paroi

Kumpulan D
SARAWAK vs. LIONSXII - Stadium Negeri
Kedah vs. Perak - Stadium Darul Aman

27.08.2013

Kumpulan A
Sime Darby vs. Selangor - Stadium Selayang
Johor FA vs. ATM - Stadium MPPG

Kumpulan B
T Team vs. Johor DT - Stadium Sultan Ismail
PKNS vs. Felda Utd - Stadium Shah Alam

Kumpulan C
Negeri Sembilan vs. Kelantan - Stadium Paroi
Pahang vs. Terengganu - Stadium Darul Makmur

Kumpulan D
Kedah vs. Sarawak - Stadium Darul Aman
PERAK vs. LIONSXII - Stadium Perak

31.08.2013

Kumpulan A
ATM vs. Johor FA - Stadium Selayang
Selangor vs. Sime Darby - Stadium Shah Alam

Kumpulan B
Felda Utd vs. PKNS - Stadium MPPJ (4:45 petang)
Johor DT vs. T Team - Stadium Larkin

Kumpulan C
Terengganu vs. Pahang - Stadium Sultan Ismail
Kelantan vs. Negeri Sembilan - Stadium Sultan Muhammad ke IV

Kumpulan D
Sarawak vs. Kedah - Stadium Negeri
LIONSXII vs. PERAK - Stadium Jalan Besar (7:45 malam)

17.09.2013

Kumpulan A
Johor vs. Sime Darby - Stadium MPPG
ATM vs. SELANGOR - Stadium Selayang

Kumpulan B
PKNS vs. T Team - Stadium Shah Alam
Felda Utd vs. Johor DT - Stadium MPPJ (4:45 petang)

Kumpulan C
Pahang vs. Negeri Sembilan - Stadium Darul Makmur
TERENGGANU vs. KELANTAN - Stadium Sultan Ismail

Kumpulan D
Perak vs. Kedah - Stadium Perak

18.09.2013

Kumpulan D
LIONSXII vs. SARAWAK - Stadium Jalan Besar (7:45 malam).

21.09.2013

Kumpulan A
Selangor vs. Johor FA - Stadium Shah Alam
Sime Darby vs. ATM - Stadium Selayang

Kumpulan B
Johor DT vs. PKNS - Stadium Larkin
T Team vs. Felda Utd - Stadium Sultan Ismail

Kumpulan C
Kelantan vs. Pahang - Stadium Sultan Muhammad ke IV
Negeri Sembilan vs. Terengganu - Stadium Paroi

Kumpulan D
Sarawak vs. Perak - Stadium Negeri
Kedah vs. LionsXII - Stadium Darul Aman

Perlawanan yang di bold adalah merupakan perlawanan tumpuan.

Jadual perlawanan Suku akhir ke final:


Analisis pasukan dan perlawanan akan bersambung in the next post.


Tuesday, July 16, 2013

Liga Super Malaysia 2013

Liga Super Malaysia telah melabuhkan tirainya dengan LionsXII menjadi juara buat kali pertama. Season lepas LionsXII menjadi naib juara kepada Kelantan. Dengan dibarisi 100% pemain Singapura, V Sundramoorthy berjaya mengadun pemain berpengalaman seperti Shahril Ishak, Baihakki Kaizan, Hariss Harun, Isa Halim, Safuan Baharuddin & Izwan Mahbub dengan pemain bawah 23 Singapura menjadikan LionsXII mempunyai masa depan yang cerah. Berikut adalah kedudukan terakhir liga selepas tamat semua perlawanan.


Kelantan dan ATM yang menjadi favourite di awal musim nampaknya gagal untuk menyerlah. Bagi ATM pula, setelah beraksi agak cemerlang musim lalu menjadi juara liga Perdana, gagal untuk menyerlah walaupun pernah mengungguli carta liga di pertengahan musim. Konsistensi gagal dijelmakan apabila ATM merudum di 5 perlawanan terakhir musim.

Bagi Kelantan pula, kehilangan beberapa tonggak dan jadual liga, Piala FA & Piala AFC yang amat padat memaksa The Red Warriors bermain dengan jumlah game yang lebih banyak dari pasukan seperti LionsXII dan Johor DT menjadi punca below par performance di 1st half of the season. Setelah terkeluar dari persaingan AFC, Kelantan berjaya mencari konsistensi mereka dengan merangkul Piala FA menewaskan Johor DT dan beraksi cemerlang dalam baki perlawanan liga dengan kemenangan dan tanpa bolos.

Namun berlainan pula dengan Selangor. Pasukan bimbingan Irfan Bakit menjadi pasukan terbaik Malaysia selepas berjaya menghuni tempat naib johan sekaligus otomatik layak ke liga AFC musim hadapan. Walaupun mempunyai masalah yang sama seperti Kelantan, Selangor berjaya mengekalkan konsistensi mereka ditambah pula keampuhan jentera serangan gandingan Amri Yahyah & Forkie Doe menjadikan Selangor layak menduduki tempat kedua liga.

Untuk keputusan penuh perlawanan liga, klik di sini

Berikut pula adalah kesebelasan terbaik liga mengikut prestasi sepanjang musim 2013


Astro telah memilih Badri Radzi sebagai Most Valuable Player (MVP) season 2013. Dan bagi kawan, Shahril Ishak juga layak dinobatkan sebagai MVP musim 2013.

Tahniah kepada LionsXII kerana merangkul juara musim 2013. Moga musim depan, kita bakal menyaksikan persaingan yang lebih sengit dalam liga ini dengan kemasukan pasukan undefeated, Sarawak dan Sime Darby yang menggantikan Negeri Sembilan dan Felda United.


Wednesday, March 20, 2013

Malaysia FA Cup 2013


Piala FA Malaysia sudah memasuki pusingan Suku Akhir. Cuma Sarawak sahaja yang masih menunggu lawan mereka antara Kelantan atau Selangor PKNS di peringkat Suku Akhir.

Jadual-jadual penuh perlawanan Piala FA adalah seperti berikut:

Pusingan Ke-2
1 April 2013
Kelantan vs. Selangor PKNS

Suku Akhir

6 April 2013
Kelantan/Selangor PKNS vs. Sarawak
Negeri Sembilan vs. Terengganu
Johor DT vs. Selangor
Pahang vs. Sime Darby FC

16 April 2013
Sarawak vs. Kelantan/Selangor PKNS
Terengganu vs. Negeri Sembilan
Selangor vs. Johor DT
Sime Darby FC vs. Pahang

Separuh Akhir: 25 & 28 Mei 2013

Finale: 26 Jun 2013

FAM telah mengubah format perlawanan musim ini dengan memperkenalkan perlawanan timbal balik bermula pada pusingan suku akhir. Kawan melihat perkembangan ini bagai menyamakan Piala FA Malaysia dengan Piala Liga Inggeris. Mungkin FAM berpendapat dengan mengubah format ini dapat menarik minat penyokong kedua-dua pasukan bertanding dan menaikkan rating Piala FA ini.

Bagi peringkat Suku Akhir, kawan melihat pertembungan Johor DT menentang Selangor merupakan perlawanan pilihan. Selepas Selangor berjaya membelasah Johor DT 4-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam pada 9 Mac yang lepas, sudah tentu ramai yang mahu melihat bagaimana reaksi Johor DT menanti kunjungan Selangor pada 6 April 2013.

Bagi perlawanan lain, kawan melihat pasukan 'favourite' bakal meneruskan cabaran. Mereka adalah Kelantan, Terengganu & Pahang. Sudah tentu ramai yang melabel Johor DT sebagai 'favourite' untuk memenangi perlawanan timbal balik menentang Selangor. Tetapi bagi kawan, keputusan di Stadium Tan Sri Hassan Yunus bakal memberi petanda, siapa yang bakal mara ke peringkat separuh akhir. Jika Johor DT menang dengan margin 2 gol, mereka bakal layak. Namun jika Johor DT menang tipis dengan perbezaan 1 gol, maka Selangor mempunyai peluang cerah untuk mara ke peringkat seterusnya.

Melihat prestasi semasa, agak sukar untuk melihat Johor DT menewaskan Selangor dengan margin 2 gol. Tetapi seperti simpulan bahasa (?) bola itu bulat, apa-apa boleh berlaku dalam perlawanan ini.

Kawan akan update lagi pertengahan bulan depan bagi perkembangan terkini Piala FA.


Monday, January 07, 2013

Johor Darul Takzim & Liga Super Malaysia

Aku pernah tulis dulu bahawa ada kemungkinan aku akan kembali fanatik menyokong liga tempatan. Sebenarnya bila The Red Warriors menang treble season lepas, aku dah mula kembali menonton liga tempatan. If dulu Selangor is the team to beat. Tapi sejak 3 musim lepas, TRW telah menunjukkan yang merekalah pasukan numero uno in Malaysia. Sayang sekali, prestasi dalam liga tempatan, gagal TRW terjemahkan dalam liga Asia.

Aku rasa musim 2013 adalah musim di mana kembalinya penonton menonton pasukan tempatan di setiap stadium. Fan TRW tak perlu dipertikaikan lagi. Mana ceruk pelusuk di Malaysia ni, mana tempat yang tiada orang Kelantan?.

Itu Kelantan, T-Team, ATM & tak lupa Lions XII sudah pasti akan cuba menggagalkan misi TRW musim ni. Tapi untuk aku, aku dah tak sabar untuk menyaksikan bagaimana Johor Darul Takzim beraksi. Mungkin bukan aku sahaja kot, satu Malaysia nak tengok bagaimana pasukan yang di barisi bintang-bintang tempatan dan juga antarabangsa beraksi. Mungkin dengan kehadiran Tunku Mahkota Johor selaku Pengerusi PBNJ yang baru, berjaya menyuntik semangat penyokong Harimau Selatan untuk kembali memberi sokongan kepada Harimau Selatan.


Berikut adalah senarai penuh pasukan Johor Darul Takzim:

Nama pasukan: Johor Darul Takzim.
Gelaran: Harimau Selatan
Stadium: Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Johor Bahru.
Pengurus / Ketua Jurulatih: Fandi Ahmad.

Senarai penuh pemain:

Penjaga Gol
Mohd Zamir Selamat
Yusri Suradi
Zulfadhli Mohamed

Pertahanan
Ahmad Tharmini Saiban
Mohd Muslim Ahmad
Mohd Aidil Zafuan
Mohd Azmi Muslim
Mohd Tuah Iskandar
Mohd Rofi
K Sathiya

Tengah
Mohd Safiq Rahim
Simone Del Nero
Mohd Nurul Azwan Roya
Mohd Tusri Abas
Ezaidy Kadar
Mohd Shahrul Azrin
Mohd Fazly Mansor
Mohd Redzuan Nawi

Penyerang
Mohd Safee Sali
Norshahrul Idlan Talaha
Daniel Guiza
Ahmad Syamim Yahya
Mohd Zaquan Adha

Berikut pula adalah jadual penuh Liga Super 2013




Bukan senang aku nak carik jadual perlawanan ni. Dalam website FAM pun tak ada jadual ni. Nasib baik dapat dari blog hai-kal (Tq bro) Kalau tak, jangan haraplah nak dapat. Cuma perlu edit sket yang kickoff untuk game Johor DT bukan 4:45pm, tapi 8:45pm.
Berikut pulak adalah jersi skuad Johor tahun ini:



Dengan ini, aku akan cuba untuk mengulas tentang pasukan Johor juga selain dari Manchester United. Tentu menarik la.


Luaskan kuasamu.