Thursday, February 26, 2009

Manchester United 0 Inter Milan 0: Boleh ke MU hapuskan badi Mourinho?

Well pagi rabu lepas, gue merabakkan mate gue tuk tgk MU lwn Inter. Preview byk yg kate Inter ble menang coz rekod Mourinho vs MU mmg superb. 1 kalah, 1 draw & 11 menang. Rekod yg mmg hebat. Ditambah lagi Vidic x maen sbb suspension, kecederaan byk pemain defend makin mengecutkan perut gue utk tgk MU kalah kat Inter. Tau jer la mulut Mourinho yg x pernah x riak.
Tp pas game, rasenyer MU came out as the better team. Xder sape ble denied ar. If xder Cesar kat gol Inter, kompem 3-4 gol masuk ar. Bole plak die maen superb mlm tuh...ceh. So after menang lwn Spurs (plus collecting our 3rd trophy of the season), kite tgk ar how Inter will play at Old Trafford. Sbb mcm biasa, MU mmg superb main european game kat OT. Especially lwn Italian opponent. Tgk ar mcmane Roma jadi lauk, Even the mighty Barca with Messi pon kalah kat OT.
Setakat omongan Mourinho yg die pernah kalahkan MU mase jd coach Porto dulu x bole dijadikan ukuran beb! Mase tu mmg gue akui, MU mmg tgh musim gerhana. Tp skrg ni lain beb. We BELIEVE in ourselves. We have all the players for all positions. Our teamwork is superb. If Inter ble menang lwn MU, gue ble ckp ar mmg Inter le yg akan menang Champion Leagues.

Cycle of life

Hm...
Kite dtg dr tanah.. bile dah meninggal nanti, kite kembali ke tanah jugak. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hujan batu di negeri sendiri.
Kite hidup di dunia ni adalah utk menjadi khalifah di bumi Allah ni. Mase kat skolah dulu, ustaz/ustazah bebuih mulut ngajar kite ttg agama. Tp semuanyer terpulang pada kite nak buat mcmane kat dunia ni. Nak jadi baik, Insyaallah baik ler jadinye. Nak jadi jahat, jahat ler jadinye. Kite manusia di cipta istimewa kerana kite jer makhluk Allah yg dikurniakan akal fikiran dlm otak kite. Makhluk lain pun ade otak, tp x bole berpikir mcm kite.
Kite hidup ni saling memerlukan antara satu sama lain. mcm "bersatu kita teguh, bercerai kite kawin lain...eh... silap. bercerai kite roboh". Macam hidup sehari-harian kitelah.
Bangun pagi, mandi-gosok gigi-solat-g kerja-isik myk-byr tol-smpai opis-bekpas...bla..bla. sampai ler kite balik umah blk. If xder PUAS buat kije, xder air ler utk kite mandi. If ubat gigi or berus gigi xder, xble ar kite gosok gigi. If x kije, xder duit la nak beli keta, makanan, myk keta, tol bla..bla..bla. I f xde kije, x bole ler kite nak kije. Nmpk x ape yg gue nak cerite nie?
Its actually related to all in our everyday life. Politik, government, opposition, ekonomi, sukan bla..bla..bla semuanye berpunca dr kite sendiri. If kite sepakat dlm semua benda, bukankah dunia ni sungguh best? Tp x mungkin akan jadi kenyataan. Bcoz setiap apa benda pon dlm dunia ni, ada yg berlawanan dgnnya. Baik vs jahat. Cantik vs buruk. Kaya vs. miskin. Kuat vs lemah. Bla..bla..bla..
So as i said earlier... Pokok pangkalnya diri kite sendirilah. Bkn aper beb. Gue bosan lar dgn politik kat msia ni. Ader je yg x betul. Are we perfect? Nop.. but we can opt to change for betterment, right? Its getting worse everyday. Hantar peluru, tuduh sana-sini, kutuk sana-sini, saman sana-sini, lompat sana-sini, rasuah sana-sini. Ape nak jadi beb? Korg bergaduh, rakyat gak yg suffer.... Biler parti-parti politik ni bergaduh, rakyat yg menyokong pon bergaduh sama. Yg elok jer dari kecik berkawan baik boleh bermusuh bile dah besar sbb berbeza pendapat/fahaman politik. Its getting worse la. If xder sesapa stop skrg, Gue brani jamin ar insiden Mei 1969 boleh berulang balik ar. Tgk ar nanti...

Tuesday, February 24, 2009

Updates...

Ader perubahan (lagi) dlm blog ini. Perubahan tidak bermakna tidak baik. Terpulang bagaimana kite menginterpertasikan (ntah betul ker x ejaannya)perubahan tersebut.
Basically, I will add a lot of risalah regarding Islam. Any article yg gue rasa patut di publishkan disini bagi mengingatkan diri sendiri and those who r reading this blog.
Gue akan review any lagu yg gue rasa best. If rajin, gue akan attachkan klip videonye sekali. Gue jugak akan review album yg gue baru beli. New movie yg gue tgk. Anything yg ble gue review, gue akan publish kat blog gue ini.
Hope that u guy(s) which read my posting can (or cannot) accept my comment/view sebaik2 nya. As gue akan tulis sesuke ati jer nanti.

P/s: Tgh recovering from flu and cough. Tensen tol!

Ulul Albab: Yahudi gerun keturunan Rasulullah

Oleh Abdurrahman Haqqi, Akhbar Berita Minggu 1 April 2007, ms 15

“SESUNGGUHNYA hak Rasulullah SAW tidak dapat ditunaikan oleh seseorang. Dan sesungguhnya Rasulullah SAW tidak meminta darimu lebih daripada mencintai kerabatnya! Dengan wajah apa engkau menghadap Nabi SAW ketika Baginda memberi syafaat bagimu di sisi Allah, walaupun balasan salah seorang cucunya, padahal Baginda tidak minta apa pun darimu kecuali hanya mencintainya.” (Dr Muhammad Abduh Yamani, Pandangan Ahlussunah Terhadap Ahlul-bait, Terj., 35)


Ketika penulis berjalan di pusat beli-belah Alamanda di Putrajaya tidak lama dulu, penulis terserempak buku bertajuk Ahlul-bait (Keluarga Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu, susunan Tun Suzana Tun Othman dan Muzaffar Mohammad. Demi kecintaan kepada ahlul-bait, penulis membeli buku berkenaan.

Sememangnya ia sangat informatif dan bermanfaat. Semalam, sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran atas jasa yang tidak ternilai harganya, kita menyambut dengan meriah dan penuh khidmat Hari Keputeraan Rasulullah SAW di seluruh dunia.

Umat Islam merayakannya dengan pelbagai cara, ada dengan perarakan, zikir maulud, bacaan selawat, malah sebagai bukti negara kita adalah negara Islam, hari berkenaan dijadikan cuti umum setiap tahun.

Satu aspek yang jarang disentuh dalam kita memperingati Hari Keputeraan Rasulullah adalah tuntutan agama Islam dalam mencintai keluarga Rasulullah SAW. Dalam hadis disebutkan maksudnya: “Belum sempurna iman seorang hamba Allah sebelum cintanya kepadaku melebihi cinta kepada dirinya sendiri; sebelum cintanya kepada keturunanku melebihi cinta kepada keturunannya sendiri; sebelum cintanya kepada ahli-baitku melebihi cinta kepada keluarganya sendiri; dan sebelum cinta nya kepada zatku melebihi cinta kepada zatnya sendiri.” (Riwayat at-Tabrani).

Hadis ini sebagai perluasan terhadap pemahaman ayat al-Quran yang bermaksud: “Nabi itu hendaknya lebih utama bagi orang Mukmin daripada diri mereka sendiri dan isterinya adalah menjadi ibu mereka.” (Surah al-Ahzab: 6)

Dalam sistem khilafah atau kenegaraan Islam sepanjang sejarah, hal ehwal ahlul-bait dimasukkan dalam satu daripada jabatan sistem perkhidmatan awamnya. Ia membuktikan pentingnya mereka dalam Islam kerana mereka adalah titipan dan pusaka Baginda kepada umatnya. Nabi bersabda maksudnya: “Kutinggalkan di tengah kalian dua pusaka (peninggalan): Kitabullah sebagai tali terentang antara langit dan bumi, dan keturunanku. Kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di Haud (Telaga Nabi di syurga).” (Hadis riwayat Ahmad)

Dalam sistem itu, seperti ditulis al-Mawardi (w.450H) dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah, hal ehwal ahlul-bait di bawah jabatan yang dipimpin seorang Naqib yang bertanggungjawab melindungi keturunan mulia supaya ‘tidak termasuk ke dalamnya orang yang tidak sepatutnya dan tidak terkeluar daripadanya orang yang daripada keturunannya’.

Antara tugas Naqib yang terpenting ialah membezakan rumpun ahlul-bait serta memastikan keturunan mereka dilindungi dan tidak bercampur aduk antara satu keturunan dengan keturunan lain.

Seseorang Naqib juga perlu memastikan ahlul-bait Rasulullah SAW di bawah sayapnya mempunyai budi pekerti tinggi selaras kemuliaan keturunan mereka supaya pandangan hormat masyarakat terhadap nama baik zuriat Rasulullah SAW tetap terpelihara.

Ahlul-bait mempunyai kedudukan mulia yang ditetapkan al-Quran seperti dalam ayat bermaksud: “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu ahlul-bait dan mensucikan kamu sesucinya.” (Surah al-Ahzab: 33)

Dalam hadis ada disebutkan maksudnya: “Bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit, sedang ahlul-baitku keselamatan bagi penghuni bumi. (Hadis riwayat at-Tabrani)

Kecintaan junjungan kepada ahlul-bait tidak perlu dipertikai. Dalam hal ini Ibnu Taimiyyah ada menyebut hadis yang bermaksud: “Janganlah kalian berselawat untukku dengan ‘Selawat Batra’. Sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan ‘Selawat Batra?’. Baginda menjawab: “Kalian mengucapkan: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad, lalu kalian berhenti di situ. Ucapkanlah: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga (ahlul-bait) Muhamad.

Bagaimanapun, ada juga di kalangan umat Islam yang tidak memahami kedudukan sebenar ahlul-bait sehingga mereka memperkecil bahkan menghina mereka.

Aisyah RA meriwayatkan hadis yang bermaksud: “Enam macam orang yang aku mengutuk kepada mereka dan Allah mengutuk juga padahal setiap Nabi itu diperkenankan permohonannya, iaitu orang yang menambah kitab Allah; orang yang mendustakan ketentuan Allah; orang yang mengalah kepada pemerintah sombong dan kejam lalu dengan itu dia memuliakan orang yang direndahkan Allah dan merendahkan orang yang dimuliakan Allah; orang yang menghalalkan larangan Allah; orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan; dan orang yang meninggalkan sunnahku.” (Hadis riwayat Tirmizi dan al-Hakim).

Dalam hadis ini disebutkan bahawa antara orang yang mendapat kutukan Baginda adalah orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan atau dengan perkataan lain tidak memberikan hak sepatutnya kepada ahlul-bait, bahkan mengambil hak mereka.

Dalam konteks kegerunan orang Yahudi terhadap ahlul-bait kerana mereka gentar pada potensi ahlul-bait yang bakal menjadi lawan setara, bak ‘buku bertemu ruas’ protokol cendekiawan Zionisme nombor satu ada menyatakan: “... anda akan dapat melihat kemudian bahawa ini akan membantu kemenangan kita; ia akan memberikan kita kemungkinan untuk mendapat ‘kad induk’ (iaitu) pembinasaan golongan bangsawan warisan (genealogical aristrocracy) yang juga satu-satunya golongan menjadi pertahanan semula jadi bangsa dan negara daripada serangan kita.

Daripada pembinasaan kelas bangsawan warisan (institusi raja) yang bersifat fitrah itu kita membina golongan ‘bangsawan meritrokasi’ yang diketuai golongan bangsawan berduit (kapitalis). Begitu pula dalam protokol nombor tiga: “Orang yang kita bimbing berjaya membinasakan golongan (bangsawan warisan) yang (sebenarnya) adalah satu-satunya pertahanan rakyat serta ‘ibu angkat’ yang memanfaatkan mereka, atas keterikatan dengan kesejahteraan rakyat di bawah golongan bangsawan (warisan) ini.

Pada hari ini dengan pembinasaan golongan bangsawan (warisan) ini, rakyat jelata jatuh kepada cengkaman kapitalis dengan kezaliman mereka meletakkan rantai yang menjerut leher pekerja.” Kedua-dua protokol ini diterjemahkan dalam buku yang penulis beli.

Sebagai tanda cinta dan kasih sayang Baginda terhadap umatnya yang datang kemudian, maka dijadikan ahlul-bait Baginda penyelamat di bumi seperti dalam hadis di atas.

Bahkan pada akhir zaman, ahlul-bait yang memimpin dunia ini seperti dikatakan Rasulullah bahawa pada zaman al-Mahdi nanti kambing dan serigala digembala menjadi budak bermain ular dan kala jengking. Ular dan kala jengking tidak membahayakan sama sekali. Umat manusia akan menanam satu mud benih dan akan memetik hasil 700 mud. Riba, perzinaan dan minuman keras menjadi lenyap. Umat manusia berumur panjang, amanah ditunaikan hal yang keji lenyap dan orang yang benci ahlul-bait Rasulullah binasa.

“Dalam pada umat Islam diperdaya untuk menolak signifikan kepentingan peranan dan relevannya golongan ahlul-bait, Yahudi Zionis khususnya amat percaya sepenuhnya dan berasa takut dan tergugat pada potensi mereka. Keyakinan Yahudi Zionis pada potensi ahlul-bait Rasulullah SAW inilah yang menyebabkan mereka mengatur pelbagai perencanaan seperti terkandung dalam Protokol Cendekiawan Zionis untuk menghapuskan potensi ahlul-bait, contohnya mencemarkan nasab mereka, terutama ahlul-bait daripada baka warisan raja umat Islam yang dipanggil sebagai geneological aristrocracy atau ‘bangsawan warisan’ itu. (Ahlul-Bait.. 442)

Rasulullah sebagai utusan Ilahi yang membawa rahmat menyelamatkan umat manusia dengan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada terang benderang, daripada kehancuran kepada keselamatan. Dalam tugasnya itu Baginda tidak mengharapkan apa-apa upah daripada manusia kerana diserahkan kepada Allah SWT.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah (imbalan) mengenai ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra dalam kekeluargaan.” (Surah Asy-Syura: 23).

Satu daripada tafsiran ayat ini adalah seperti dikatakan al-Maqrizi: “Aku tidak minta imbalan apa pun jua atas kalian atas agama yang aku bawakan kepada kalian itu, kecuali agar kalian berkasih sayang kepada keluargaku.”

Itulah satu kewajipan yang terabaikan dan ia menambah lagi senarai pengabaian kita ke atas kewajipan agama Islam suci lainnya.

Song Review: Life In Technicolor II by Coldplay

Best beb lagu ni. Korg dah tgk videoclip die? kengkononnye diorg jd puppet and nyanyi mase selingan during puppet show dlm tadika ke ape ntah.
Gue ader bli album Viva La Vida mase baru release back in Dec 08 (kot), tp lagunye just instrumental jer. But the music is refreshing. Then bile tgk music videonyer recently baru perasan about this song. Coldplay has re-release the album (tgk ler tajuk album kat bwh nie). Lirik diorg as usual are superb.Just enjoy the MV which i attached together and the lyrics below



Song Name: Life in Technicolor II

Artist: Coldplay

Album: Viva La Vida Prospekt March



There's a wild wind blowing
Down the corner of my street
Every night there the headlights are glowing

There's a cold war coming
On the radio I heard
Baby it's a violent world

Oh love don't let me go
Won't you take me where the streetlights glow
I could hear it coming
I could hear the sirens sound
Now my feet won't touch the ground

Time came a-creepin'
Oh and time's a loaded gun
Every road is a ray of light
It goes o-o-on
Time only can lead you on
Still it's such a beautiful night

Oh love don't let me go
Won't you take me where the streetlights glow
I could hear it coming
Like a serenade of sound
Now my feet won't touch the ground

Gravity release me
And dont ever hold me down
Now my feet won't touch the ground.

Monday, February 23, 2009

Doa Sewaktu Bersujud dan Kelebihannnya

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya.
Sabda Rasulullah SAW; "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya." Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salahsatunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktusujud akhir dalam solat.
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal , imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaanAllah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud danmemperbanyakkan doa di dalamnya.
Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud. Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalamsabdanya yang bermaksud;
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat. " Mendengar itu para sahabat bertanya; "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah? "
Jawab baginda; "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakahengkau tidak dapat mengenalinya?" Sahabat menjawab; "Dapat!" Rasulullah menyambung; "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat)muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (didunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putihberseri-seri oleh cahaya wudhu'.

KEISTIMEWAANNYA
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Apabila Allah hendakmelimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Diakehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkanorang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan merekadikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allahmenegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalumereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akandimakan api neraka selain bekas sujud."
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujudmendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa.Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akanmenjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat. Wallahualam bissawab.