Monday, January 07, 2013

Johor Darul Takzim & Liga Super Malaysia

Aku pernah tulis dulu bahawa ada kemungkinan aku akan kembali fanatik menyokong liga tempatan. Sebenarnya bila The Red Warriors menang treble season lepas, aku dah mula kembali menonton liga tempatan. If dulu Selangor is the team to beat. Tapi sejak 3 musim lepas, TRW telah menunjukkan yang merekalah pasukan numero uno in Malaysia. Sayang sekali, prestasi dalam liga tempatan, gagal TRW terjemahkan dalam liga Asia.

Aku rasa musim 2013 adalah musim di mana kembalinya penonton menonton pasukan tempatan di setiap stadium. Fan TRW tak perlu dipertikaikan lagi. Mana ceruk pelusuk di Malaysia ni, mana tempat yang tiada orang Kelantan?.

Itu Kelantan, T-Team, ATM & tak lupa Lions XII sudah pasti akan cuba menggagalkan misi TRW musim ni. Tapi untuk aku, aku dah tak sabar untuk menyaksikan bagaimana Johor Darul Takzim beraksi. Mungkin bukan aku sahaja kot, satu Malaysia nak tengok bagaimana pasukan yang di barisi bintang-bintang tempatan dan juga antarabangsa beraksi. Mungkin dengan kehadiran Tunku Mahkota Johor selaku Pengerusi PBNJ yang baru, berjaya menyuntik semangat penyokong Harimau Selatan untuk kembali memberi sokongan kepada Harimau Selatan.


Berikut adalah senarai penuh pasukan Johor Darul Takzim:

Nama pasukan: Johor Darul Takzim.
Gelaran: Harimau Selatan
Stadium: Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Johor Bahru.
Pengurus / Ketua Jurulatih: Fandi Ahmad.

Senarai penuh pemain:

Penjaga Gol
Mohd Zamir Selamat
Yusri Suradi
Zulfadhli Mohamed

Pertahanan
Ahmad Tharmini Saiban
Mohd Muslim Ahmad
Mohd Aidil Zafuan
Mohd Azmi Muslim
Mohd Tuah Iskandar
Mohd Rofi
K Sathiya

Tengah
Mohd Safiq Rahim
Simone Del Nero
Mohd Nurul Azwan Roya
Mohd Tusri Abas
Ezaidy Kadar
Mohd Shahrul Azrin
Mohd Fazly Mansor
Mohd Redzuan Nawi

Penyerang
Mohd Safee Sali
Norshahrul Idlan Talaha
Daniel Guiza
Ahmad Syamim Yahya
Mohd Zaquan Adha

Berikut pula adalah jadual penuh Liga Super 2013




Bukan senang aku nak carik jadual perlawanan ni. Dalam website FAM pun tak ada jadual ni. Nasib baik dapat dari blog hai-kal (Tq bro) Kalau tak, jangan haraplah nak dapat. Cuma perlu edit sket yang kickoff untuk game Johor DT bukan 4:45pm, tapi 8:45pm.
Berikut pulak adalah jersi skuad Johor tahun ini:



Dengan ini, aku akan cuba untuk mengulas tentang pasukan Johor juga selain dari Manchester United. Tentu menarik la.


Luaskan kuasamu.

Wednesday, December 12, 2012

My precious

Ayra sekarang dah 3 y.o. She is getting older and cleverer. Aku tak tau apa akan jadi kalau dia tak ada.

Opahnya selalu sangat mintak aku & erma tinggalkan Ayra di kampung. Sebab comparing Ayra dengan the other 2 cousin dia, Ayra paling senang nak jaga. Paling penting, Ayra tak penakut macam cousins dia. Cousins dia tak boleh berenggang dengan parents diorang. Kalau aku or Erma tak ada pon, Ayra kekadang tak heran. I blame that to the nursery.

So if tanya whether aku akan tinggalkan Ayra dengan either one of her grandparents, I say yes.... bile dia dah skolah... hehe. For now, susah aku nak lepaskan dia. Unless Erma beranak & berpantang di kampung.

Yes, Ayra will be getting adik soon. Its official. Erma pon dah masuk bulan ke-4 pregnant. Compare dengan pregnantkan Ayra, this time worst. Morning sickness nya teruk. Hope everything will be ok. In Sha Allah.

Work wise pon sama. Im getting busy, busier, busiest (ada ke?).. so I hope my lil family will continue dilimpahi rezeki & kesihatan berpanjangan dari Ilahi.

Wednesday, November 21, 2012

Previu skuad Harimau Malaya menjelang Piala AFF Suzuki 2012



Beberapa hari lagi, semua kaki bola di Malaysia akan kembali panas. Bukan panas sebab cepat sangat Diana Danielle mengandung walaupon baru kawin beberapa minggu. Tetapi kerana Harimau Malaya akan kembali beraksi untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada tahun 2010. Untuk mengimbas kembali kenangan manis pada tahun 2010 tersebut, silalah klik sini (Promote, jangan tak promote blog sendiri).

Hancing...


Iye… memang kalau ikutkan hati, memang nak menyumpah jer tengok aksi Harimau Malaya sekarang ni. Setelah beberapa perlawanan persahabatan, kita hanya menang 2-0 dengan Hong Kong di gelanggang lawan dan selainnya hampeh. Tapi memang hakikatnya dari dulu lagi kita memang menyumpah tengok Harimau Malaya yang tidak main macam Sepangnyol yang maha hebat. Cuma, bila Harimau Malaya memenangi pingat emas sukan SEA 2009, skuad Harimau Malaya terlampau hebat hingga mengekalkan pingat emas sukan SEA 2011 di Gelora Bong Karno dan of cos…menjadi johan Piala AFF Suzuki 2010.


So macamana skuad Piala AFF Suzuki 2012? Mari kita tengok senarai penuh skuad Harimau Malaya 2012.

Penjaga Gol

1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

2. Mohd Farizal Marlias (Negeri Sembilan)

Pertahanan

3. Mohd Bunyamin Omar (Selangor)

4. Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu)

5. Mahalli Jasuli (Harimau Muda A)

6. Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda A)

7. Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak (ATM)

8. Faizal Muhammad (Kelantan)

9. Mohd Azmi Muslim (ATM)



Tengah

10. Amar Rohidan (Kedah)

11. Baddrol Bakhtiar (Kedah)

12. Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)

13. Safiq Rahim (Selangor)

14. S Kunanlan (Negeri Sembilan)

15. Mohd Shakir Shaari (Kelantan)

16. Gary Steven Robbat (Harimau Muda A)

17. Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda A)

18. Azamuddin Md. Akil (Pahang)



Penyerang

19. Mohd Safee Mohd Sali (Pelita Jaya)

20. Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

21. Ahmad Hazwan Bakri (Harimau Muda A)

22. Ahmad Fakri Saarani (FELDA United)

Dah ler aku jauh, sampai hati tak panggil aku,,,isk

Pasal jual Nasi Lemak ke tak dapat panggilan skuad kebangsaan?

Sedikit terkilan bila nama boy wonder Nazmi Faiz tidak di panggil langsung untuk senarai panjang apatah lagi senarai pendek oleh Datuk K. Begitu juga Badri Razi yang memainkan peranan penting untuk The Red Warrior menang treble musim ni. Bagi kawan, bahagian tengah ler bahagian paling rapuh untuk pasukan ini. Bila Safiq off form, Harimau Malaya mesti main teruk. Itulah sebabnya perlunya beberapa pemain perancang diserapkan dalam pasukan. Kalau perancang keluarga, rasanya sudah ramai yang berada dalam pasukan ini. Playmaker amatlah penting untuk sesebuah pasukan. Tanpa playmaker, macamanalah pasukan nak mengerakkan permainan? Mungkin disitulah peranan Baddrol Bakhtiar dalam pasukan ini. Kapitan skuad Sukan SEA 2011.


Mari kita imbas kembali kesebelasan utama pasukan Harimau Malaya pada tahun 2010.

    Pada masa itu, Amar Rohidan dan Safiq Rahim membentuk pasangan tengah yang ampuh. Amar Rohidan mengagalkan semua perancangan playmaker pasukan lawan. Dan yang paling penting pada masa itu, penyerang kita tengah top form kedua-duanya. Sekarang, disebabkan game yang terlalu banyak untuk pasukan Kelantan dan juga prestasi tidak menentu Pelita Jaya, kedua-dua penyerang utama kita dah off form.   Jangkaan kesebelasan utama Piala AFF 2012 Datuk K:




First XI atas ini berdasarkan prestasi semasa dan juga penampilan pada setiap perlawanan persahabatan yang Datuk K aturkan. Datuk K bakal mengekalkan hamper kesebelasan yang sama seperti tahun 2010 kecuali kemasukkan Wan Zack yang kawan rasakan amatlah sesuai kerana prestasi beliau bersama Harimau Muda A di liga Singapura. Cuma seperti yang kawan katakan tadi, prestasi semasa dan fitness memainkan peranan yang penting. Haruslah di ingat semua pasukan lawan kini amatlah teringin untuk menewaskan Harimau Malaya. Itulah lumrah juara bertahan.

Maka sebagai pemerhati tak berbayar yang tiada tauliah, berikut pula kesebelasan utama yang kawan rasakan amatlah sesuai dengan kelompok pemain yang kita ada:



Mesti korang akan bertanya kenapa perlu bermain formasi 4-2-3-1 dan bukan 4-4-2? Sebenarnya Nurshahrul Idlan amatlah gemar bermain dibahagian flank sama ada kiri atau kanan. Maka formasi inilah yang amat sesuai dengan dia dan juga Wan Zack Haikal. Baddrol patut diberikan peluang untuk menjadi pemain perancang kerana through ballnya yang cantik dan sudah tentu kerana dia suka merembat dari jauh. Menggunakan formasi ini gak, Safiq akan lebih bebas mengemudi bahagian tengah dengan lebih efektif.


Kalau serangan dan tengah beraksi baik, bahagian pertahanan akan kurang pressure dan akan bermain lebih baik. Macam bagus pulak kawan punya formasi ni. Tapi inilah formasi yang kawan gunakan untuk Pro Evolution Soccer 2013 dan berhasil membawa Malaysia memenangi Piala Dunia 2014 di Brazil. Lol.

Ini pula jadual perlawanan bagi setiap kumpulan.


Since kita bermain di halaman sendiri, maka wajib untuk kita menang semua perlawanan. Walaupun terpaksa menentang Singapura, Laos apatah lagi Thailand. Semoga semua perlawanan persahabatan yang diatur berjaya menajamkan lagi persefahaman pasukan. Walaupun perlawanan persahabatan yang dijalankan banyak digunakan untuk menguji pemain, semoga senarai terakhir yang bakal di umumkan sehari sebelum sepak mula 25hb November kelak bakal membuahkan hasil kepada perancangan Datuk K.


Kalau korang rajin, jengok-jengok ler stadium bukit Jalil tu memberi sokongan. Jangan nak harapkan Ultras jer yang tak henti-henti menyorak pasukan kebangsaan kita walaupun bilangan Bangla lebih ramai dari bilangan Ultras. Jangan juga time team menang jer sokong, bile kalah membenci. Kan benci tu tandanya rindu. Kehkeh.. Maka sokonglah pasukan kebangsaan kita. Semoga mereka berjaya menjadi juara bertahan. Mana tau, 24 Disember nanti Najib bagi cuti umum. Kan untung kita jugak.


Akhir kata, sokonglah pasukan kebangsaan kita. Kalau bukan kita, sapa lagi?

Sunday, September 23, 2012

App review: EasyMoney



Since becoming a smartphone user for about 3 years, I find it is beneficial to me. I can check my facebook acc on the go. Twitter, blog, emails, news, etc all in one. So I guess I should share those apps that I find worthy to be downloaded and to be use onto my phone.

But of course.... this is my review and it does not meant that you will be having the same opinion as mine.

1st app to be review is EasyMoney.

Everybody use money. So if you want to know and track where your money go, you need an app to track it. Ive been using other app to monitor my money movement i.e. Expense Manager, Moneywise etc. But none can be compare to EasyMoney.


While others combine your account into one or separate it into different account, EasyMoney let you summarize your money into accounts that you been using i.e. bank, cash and credit cards. This accounts will be having its own subcategory which you can enter the details accordingly. The Account summary page will combine all the amount of all accounts into one. If you do not want all the accounts to be counted for i.e credit cards, you can edit it so that it would not be calculate together with all of the other accounts.

You can do your bill reminders, monthly/weekly/daily summary of spending and it even can be save in pdf or excel file for safekeeping. Talking about safe keeping, you can set a password so that nobody can view your accounts or budget.

I surely will recommend this app to monitor your money movements. The only issue about this app is that it is not free. Yes, there is a free app, but it only made available for a period of time for trial. After that, it will trigger a notification to ask you to buy the app. But this will not be a problem if you are a serious user of smartphones.

I'll give ****/5 for this app.


Thursday, September 20, 2012

Renewed ambition

Aku blog bile aku nak. Macam v Persie score bile dia nak. Tapi aku takde kena mengena dgn v Persie. Cuma aku adalah penyokong tegar United.

Bile aku tgk yg rapat dgn aku berjaya dlm kehidupan diorg skrg, aku agak cemburu dgn kejayaan diorg. Mmglah nmpk senang tapi komitmen, beban diorg.... diorg je yg tau. Tp aku nak berjaya mcm diorg.

Skrg ni rasanya mcm dah lmbt kot if aku nak start anything fresh. So apa yg patut aku buat adalah getting better on what I do best. Aku ada anak bini nak kena tanggung. Tu blm masuk cerita kalo aku nak bg Ayra adik lg... Dgn keadaan aku skrg ni, tak tau la aku mampu ke tak nak menyara famili aku.

Betullah org ckp, dulu masa aku membesar..zamannya susah. Tapi orgnya senang. Sekarang ni zaman senang, tapi orangnya plak susah...

Dah mcm tulis diari plak. Bukan apa, aku kena tulis kat sini untuk menyedarkan diri aku yang aku belum senang lagi. Aku belum mampu untuk membalas jasa mak bapak aku. Aku harap aku tak akan menyusahkan diorang. Semoga ada yang mendoakan aku berjaya. Tak jadi millionnaire, jadi orang tak berhutang pon cukuplah.

ا مين يراءببال الءمين...