Wednesday, March 20, 2013
Malaysia FA Cup 2013
Piala FA Malaysia sudah memasuki pusingan Suku Akhir. Cuma Sarawak sahaja yang masih menunggu lawan mereka antara Kelantan atau Selangor PKNS di peringkat Suku Akhir.
Jadual-jadual penuh perlawanan Piala FA adalah seperti berikut:
Pusingan Ke-2
1 April 2013
Kelantan vs. Selangor PKNS
Suku Akhir
6 April 2013
Kelantan/Selangor PKNS vs. Sarawak
Negeri Sembilan vs. Terengganu
Johor DT vs. Selangor
Pahang vs. Sime Darby FC
16 April 2013
Sarawak vs. Kelantan/Selangor PKNS
Terengganu vs. Negeri Sembilan
Selangor vs. Johor DT
Sime Darby FC vs. Pahang
Separuh Akhir: 25 & 28 Mei 2013
Finale: 26 Jun 2013
FAM telah mengubah format perlawanan musim ini dengan memperkenalkan perlawanan timbal balik bermula pada pusingan suku akhir. Kawan melihat perkembangan ini bagai menyamakan Piala FA Malaysia dengan Piala Liga Inggeris. Mungkin FAM berpendapat dengan mengubah format ini dapat menarik minat penyokong kedua-dua pasukan bertanding dan menaikkan rating Piala FA ini.
Bagi peringkat Suku Akhir, kawan melihat pertembungan Johor DT menentang Selangor merupakan perlawanan pilihan. Selepas Selangor berjaya membelasah Johor DT 4-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam pada 9 Mac yang lepas, sudah tentu ramai yang mahu melihat bagaimana reaksi Johor DT menanti kunjungan Selangor pada 6 April 2013.
Bagi perlawanan lain, kawan melihat pasukan 'favourite' bakal meneruskan cabaran. Mereka adalah Kelantan, Terengganu & Pahang. Sudah tentu ramai yang melabel Johor DT sebagai 'favourite' untuk memenangi perlawanan timbal balik menentang Selangor. Tetapi bagi kawan, keputusan di Stadium Tan Sri Hassan Yunus bakal memberi petanda, siapa yang bakal mara ke peringkat separuh akhir. Jika Johor DT menang dengan margin 2 gol, mereka bakal layak. Namun jika Johor DT menang tipis dengan perbezaan 1 gol, maka Selangor mempunyai peluang cerah untuk mara ke peringkat seterusnya.
Melihat prestasi semasa, agak sukar untuk melihat Johor DT menewaskan Selangor dengan margin 2 gol. Tetapi seperti simpulan bahasa (?) bola itu bulat, apa-apa boleh berlaku dalam perlawanan ini.
Kawan akan update lagi pertengahan bulan depan bagi perkembangan terkini Piala FA.
Wednesday, March 13, 2013
Selangor 4 - 1 Johor DT: APTB
Kawan* akan mengupas perlawanan ini dari beberapa aspek:
1. Teknikal.
2. Seorang fan Johor DT.
TEKNIKAL
1. Player yang diharap, gagal untuk perform dalam game ini. While player Selangor, sama seperti player team lain bila menentang Johor DT are 100% motivated to defeat Johor DT. Player seperti Del Nero, Safiq & Ezrie gagal menyerlah membuatkan opponent mereka berjaya menguasai area mereka. I didnt meant that Selangor menang sebab player Johor tidak perform. As I mention, they are motivated and national player like Amri Yahyah, Mahalli & Kunanlan step up and perform very well.
2. From tactical point of view, Hj. Irfan like he said for the 1st time this season he manage to assemble his 1st XI as all his main player are back from injury. In another word, he can field his strongest 1st XI. And most importantly, they play as they were told and perform.While Fandi fielding his best XI at the moment only without Safee playing due to his injury.
3. Selepas 2-0 & Peter dilayangkan kad merah. Fandi mengubah formasi ke 3-5-2 yang mana aku nampak player seperti belum mampu menggalas tanggungjawab baru mereka. Disebabkan peralihan posisi, Selangor berjaya menggunakan peluang yang terhidang untuk menghukum Johor DT dengan 2 lagi gol lantas menguburkan segala harapan Johor DT untuk membuat comeback as they always do.
Seorang fan Johor DT
Kawan amat menantikan match ni. As my previous post, this will be the biggest away game that I can attend (as Kelantan too far like Singapore). And it is massive. Walaupun stadium tak penuh, tapi aku nampak fan Johor DT memang dah bertambah sejak TMJ investment dalam pasukan bolasepak Johor. Fan Selangor pulak, aku nampak mereka juga mula kembali menyokong team mereka as this season memang nampak Hj. Irfan sudah mula menunjukkan taring sebenarnya sebagai jurulatih tersohor negara. Ditambah lagi tetamu yang datang berkunjung adalah Johor DT, so fan Selangor pon bersemangat sama. Sama seperti pabila Kelantan berkunjung ke Shah Alam. Menyamakan Johor DT dengan Kelantan memang membanggakan kawan. And guess what? Both game Selangor win.
Back to the game....mengikut perkembangan semasa, kawan cuma harap Johor DT draw je game ni. Nak menang, selepas most of the time crawling back from the dead was very hard. Setakat lawan Kedah & Negeri Sembilan, boleh la. But Selangor is a totally different level. So bile Johor DT kalah, kawan kecewa sebab player gagal untuk keep their composure and play their heart out. A few rise above occasion. Macam Norshahrul, Guiza, Azinee & Kamarul Afiq. But the rest...menyedihkan (ya..including Safiq, I admit it).
Kawan gak bangga sebab sekarang ni, Johor has increase its present in Malaysia football scene. The fan has increase tremendously. The team also are improving steadily. And the marketing...just imagine, kat luar stadium Shah Alam tu, out of 20 stall..18 will be selling Johor DT shirts and only 2 that selling Selangor & others. Itupon kongsi..lol. Kawan really hope this will be a start of real domination.
On another note, this will not be the end of Johor DT in Malaysia Super League. Its been 10 game, 4 win, 4 draw & 2 lost and sitting at #4 in the league. So it is a good sign for a complete new assemble team. I am impress with how Fandi have manage and coach the team. There are more good news (in my next post, of coz). And we still going to face Selangor in the FA Cup. So, kawan akan kembali ke Stadium Shah Alam in April to cover the match and hoping that this time we will win it.
Luaskan Kuasamu Johor!
Thursday, January 24, 2013
Selangor PKNS vs. Johor DT
Last Tuesday night, aku menyaksikan for the 1st time JDT main live depan mata. They play an away game vs. PKNS @ Stadium Shah Alam. Yes, eventho aku sekeluarga baru balik dari Langkawi petangnya. Aku beriya nak tengok JDT main walaupon penat travel masih terasa.
Ok, this is my view of how JDT played. Awal permainan nampak sama seperti game vs. Kelantan, midfield being dictated by opponents. Nampaknya gandingan Safiq & Ezrie masih belum serasi. JDT played with 4-2-3-1 when attacking & 4-5-1 or 4-4-2 during defending. Guiza, Safee & Matyo played a rotation role up front. Mungkin kerana kecederaan Del Nero, memaksa Guiza play on either flanks. Matyo paling rajin mencari bola.
Bila Safee score JDT 1st goal, barulah control game. Defend memang superb. Overall JDT control game very well.
Fans plak.. Well, lawan team kelab ni memang macam ni kot. Their fan bole kira berapa ramainya. So JDT dah jadi macam home team plak. This will change bila vs. Selangor nanti. Salute to BOS, JFC, JMF for being Harimau Selatan Ultras. Diorang non stop chanting for JDT.
Overall aku satisfy how they played. Cume banyak improvement in midfield required. If not, that will become JDT lubuk for opponents. Moga JDT will start to be consistent as playing in a league require great consistency.
Luaskan kuasamu!
Monday, January 07, 2013
Johor Darul Takzim & Liga Super Malaysia
Aku rasa musim 2013 adalah musim di mana kembalinya penonton menonton pasukan tempatan di setiap stadium. Fan TRW tak perlu dipertikaikan lagi. Mana ceruk pelusuk di Malaysia ni, mana tempat yang tiada orang Kelantan?.
Itu Kelantan, T-Team, ATM & tak lupa Lions XII sudah pasti akan cuba menggagalkan misi TRW musim ni. Tapi untuk aku, aku dah tak sabar untuk menyaksikan bagaimana Johor Darul Takzim beraksi. Mungkin bukan aku sahaja kot, satu Malaysia nak tengok bagaimana pasukan yang di barisi bintang-bintang tempatan dan juga antarabangsa beraksi. Mungkin dengan kehadiran Tunku Mahkota Johor selaku Pengerusi PBNJ yang baru, berjaya menyuntik semangat penyokong Harimau Selatan untuk kembali memberi sokongan kepada Harimau Selatan.
Berikut adalah senarai penuh pasukan Johor Darul Takzim:
Gelaran: Harimau Selatan
Stadium: Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Johor Bahru.
Pengurus / Ketua Jurulatih: Fandi Ahmad.
Senarai penuh pemain:
Penjaga Gol
Mohd Zamir Selamat
Yusri Suradi
Zulfadhli Mohamed
Pertahanan
Ahmad Tharmini Saiban
Mohd Muslim Ahmad
Mohd Tuah Iskandar
Mohd Safiq Rahim
Simone Del Nero
Mohd Nurul Azwan Roya
Mohd Tusri Abas
Mohd Safee Sali
Norshahrul Idlan Talaha
Daniel Guiza
Ahmad Syamim Yahya
Mohd Zaquan Adha
Wednesday, December 12, 2012
My precious
Ayra sekarang dah 3 y.o. She is getting older and cleverer. Aku tak tau apa akan jadi kalau dia tak ada.
Opahnya selalu sangat mintak aku & erma tinggalkan Ayra di kampung. Sebab comparing Ayra dengan the other 2 cousin dia, Ayra paling senang nak jaga. Paling penting, Ayra tak penakut macam cousins dia. Cousins dia tak boleh berenggang dengan parents diorang. Kalau aku or Erma tak ada pon, Ayra kekadang tak heran. I blame that to the nursery.
So if tanya whether aku akan tinggalkan Ayra dengan either one of her grandparents, I say yes.... bile dia dah skolah... hehe. For now, susah aku nak lepaskan dia. Unless Erma beranak & berpantang di kampung.
Yes, Ayra will be getting adik soon. Its official. Erma pon dah masuk bulan ke-4 pregnant. Compare dengan pregnantkan Ayra, this time worst. Morning sickness nya teruk. Hope everything will be ok. In Sha Allah.
Work wise pon sama. Im getting busy, busier, busiest (ada ke?).. so I hope my lil family will continue dilimpahi rezeki & kesihatan berpanjangan dari Ilahi.
Wednesday, November 21, 2012
Previu skuad Harimau Malaya menjelang Piala AFF Suzuki 2012
![]() |
| Hancing...
|
So macamana skuad Piala AFF Suzuki 2012? Mari kita tengok senarai penuh skuad Harimau Malaya 2012.
Penjaga Gol
1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
2. Mohd Farizal Marlias (Negeri Sembilan)
Pertahanan
3. Mohd Bunyamin Omar (Selangor)
4. Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu)
5. Mahalli Jasuli (Harimau Muda A)
6. Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda A)
7. Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak (ATM)
8. Faizal Muhammad (Kelantan)
9. Mohd Azmi Muslim (ATM)
Tengah
10. Amar Rohidan (Kedah)
11. Baddrol Bakhtiar (Kedah)
12. Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)
13. Safiq Rahim (Selangor)
14. S Kunanlan (Negeri Sembilan)
15. Mohd Shakir Shaari (Kelantan)
16. Gary Steven Robbat (Harimau Muda A)
17. Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda A)
18. Azamuddin Md. Akil (Pahang)
Penyerang
19. Mohd Safee Mohd Sali (Pelita Jaya)
20. Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
21. Ahmad Hazwan Bakri (Harimau Muda A)
22. Ahmad Fakri Saarani (FELDA United)
![]() |
| Dah ler aku jauh, sampai hati tak panggil aku,,,isk |
![]() |
| Pasal jual Nasi Lemak ke tak dapat panggilan skuad kebangsaan? |
Mari kita imbas kembali kesebelasan utama pasukan Harimau Malaya pada tahun 2010.
Pada masa itu, Amar Rohidan dan Safiq Rahim membentuk pasangan tengah yang ampuh. Amar Rohidan mengagalkan semua perancangan playmaker pasukan lawan. Dan yang paling penting pada masa itu, penyerang kita tengah top form kedua-duanya. Sekarang, disebabkan game yang terlalu banyak untuk pasukan Kelantan dan juga prestasi tidak menentu Pelita Jaya, kedua-dua penyerang utama kita dah off form. Jangkaan kesebelasan utama Piala AFF 2012 Datuk K:
First XI atas ini berdasarkan prestasi semasa dan juga penampilan pada setiap perlawanan persahabatan yang Datuk K aturkan. Datuk K bakal mengekalkan hamper kesebelasan yang sama seperti tahun 2010 kecuali kemasukkan Wan Zack yang kawan rasakan amatlah sesuai kerana prestasi beliau bersama Harimau Muda A di liga Singapura. Cuma seperti yang kawan katakan tadi, prestasi semasa dan fitness memainkan peranan yang penting. Haruslah di ingat semua pasukan lawan kini amatlah teringin untuk menewaskan Harimau Malaya. Itulah lumrah juara bertahan.
Maka sebagai pemerhati tak berbayar yang tiada tauliah, berikut pula kesebelasan utama yang kawan rasakan amatlah sesuai dengan kelompok pemain yang kita ada:
Mesti korang akan bertanya kenapa perlu bermain formasi 4-2-3-1 dan bukan 4-4-2? Sebenarnya Nurshahrul Idlan amatlah gemar bermain dibahagian flank sama ada kiri atau kanan. Maka formasi inilah yang amat sesuai dengan dia dan juga Wan Zack Haikal. Baddrol patut diberikan peluang untuk menjadi pemain perancang kerana through ballnya yang cantik dan sudah tentu kerana dia suka merembat dari jauh. Menggunakan formasi ini gak, Safiq akan lebih bebas mengemudi bahagian tengah dengan lebih efektif.
Kalau serangan dan tengah beraksi baik, bahagian pertahanan akan kurang pressure dan akan bermain lebih baik. Macam bagus pulak kawan punya formasi ni. Tapi inilah formasi yang kawan gunakan untuk Pro Evolution Soccer 2013 dan berhasil membawa Malaysia memenangi Piala Dunia 2014 di Brazil. Lol.
Ini pula jadual perlawanan bagi setiap kumpulan.
Since kita bermain di halaman sendiri, maka wajib untuk kita menang semua perlawanan. Walaupun terpaksa menentang Singapura, Laos apatah lagi Thailand. Semoga semua perlawanan persahabatan yang diatur berjaya menajamkan lagi persefahaman pasukan. Walaupun perlawanan persahabatan yang dijalankan banyak digunakan untuk menguji pemain, semoga senarai terakhir yang bakal di umumkan sehari sebelum sepak mula 25hb November kelak bakal membuahkan hasil kepada perancangan Datuk K.
Kalau korang rajin, jengok-jengok ler stadium bukit Jalil tu memberi sokongan. Jangan nak harapkan Ultras jer yang tak henti-henti menyorak pasukan kebangsaan kita walaupun bilangan Bangla lebih ramai dari bilangan Ultras. Jangan juga time team menang jer sokong, bile kalah membenci. Kan benci tu tandanya rindu. Kehkeh.. Maka sokonglah pasukan kebangsaan kita. Semoga mereka berjaya menjadi juara bertahan. Mana tau, 24 Disember nanti Najib bagi cuti umum. Kan untung kita jugak.













