Thursday, January 24, 2013

Selangor PKNS vs. Johor DT

Last Tuesday night, aku menyaksikan for the 1st time JDT main live depan mata. They play an away game vs. PKNS @ Stadium Shah Alam. Yes, eventho aku sekeluarga baru balik dari Langkawi petangnya. Aku beriya nak tengok JDT main walaupon penat travel masih terasa.

Ok, this is my view of how JDT played. Awal permainan nampak sama seperti game vs. Kelantan, midfield being dictated by opponents. Nampaknya gandingan Safiq & Ezrie masih belum serasi. JDT played with 4-2-3-1 when attacking & 4-5-1 or 4-4-2 during defending. Guiza, Safee & Matyo played a rotation role up front. Mungkin kerana kecederaan Del Nero, memaksa Guiza play on either flanks. Matyo paling rajin mencari bola.

Bila Safee score JDT 1st goal, barulah control game. Defend memang superb. Overall JDT control game very well.

Fans plak.. Well, lawan team kelab ni memang macam ni kot. Their fan bole kira berapa ramainya. So JDT dah jadi macam home team plak. This will change bila vs. Selangor nanti. Salute to BOS, JFC, JMF for being Harimau Selatan Ultras. Diorang non stop chanting for JDT.

Overall aku satisfy how they played. Cume banyak improvement in midfield required. If not, that will become JDT lubuk for opponents. Moga JDT will start to be consistent as playing in a league require great consistency.

Luaskan kuasamu!

Monday, January 07, 2013

Johor Darul Takzim & Liga Super Malaysia

Aku pernah tulis dulu bahawa ada kemungkinan aku akan kembali fanatik menyokong liga tempatan. Sebenarnya bila The Red Warriors menang treble season lepas, aku dah mula kembali menonton liga tempatan. If dulu Selangor is the team to beat. Tapi sejak 3 musim lepas, TRW telah menunjukkan yang merekalah pasukan numero uno in Malaysia. Sayang sekali, prestasi dalam liga tempatan, gagal TRW terjemahkan dalam liga Asia.

Aku rasa musim 2013 adalah musim di mana kembalinya penonton menonton pasukan tempatan di setiap stadium. Fan TRW tak perlu dipertikaikan lagi. Mana ceruk pelusuk di Malaysia ni, mana tempat yang tiada orang Kelantan?.

Itu Kelantan, T-Team, ATM & tak lupa Lions XII sudah pasti akan cuba menggagalkan misi TRW musim ni. Tapi untuk aku, aku dah tak sabar untuk menyaksikan bagaimana Johor Darul Takzim beraksi. Mungkin bukan aku sahaja kot, satu Malaysia nak tengok bagaimana pasukan yang di barisi bintang-bintang tempatan dan juga antarabangsa beraksi. Mungkin dengan kehadiran Tunku Mahkota Johor selaku Pengerusi PBNJ yang baru, berjaya menyuntik semangat penyokong Harimau Selatan untuk kembali memberi sokongan kepada Harimau Selatan.


Berikut adalah senarai penuh pasukan Johor Darul Takzim:

Nama pasukan: Johor Darul Takzim.
Gelaran: Harimau Selatan
Stadium: Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Johor Bahru.
Pengurus / Ketua Jurulatih: Fandi Ahmad.

Senarai penuh pemain:

Penjaga Gol
Mohd Zamir Selamat
Yusri Suradi
Zulfadhli Mohamed

Pertahanan
Ahmad Tharmini Saiban
Mohd Muslim Ahmad
Mohd Aidil Zafuan
Mohd Azmi Muslim
Mohd Tuah Iskandar
Mohd Rofi
K Sathiya

Tengah
Mohd Safiq Rahim
Simone Del Nero
Mohd Nurul Azwan Roya
Mohd Tusri Abas
Ezaidy Kadar
Mohd Shahrul Azrin
Mohd Fazly Mansor
Mohd Redzuan Nawi

Penyerang
Mohd Safee Sali
Norshahrul Idlan Talaha
Daniel Guiza
Ahmad Syamim Yahya
Mohd Zaquan Adha

Berikut pula adalah jadual penuh Liga Super 2013




Bukan senang aku nak carik jadual perlawanan ni. Dalam website FAM pun tak ada jadual ni. Nasib baik dapat dari blog hai-kal (Tq bro) Kalau tak, jangan haraplah nak dapat. Cuma perlu edit sket yang kickoff untuk game Johor DT bukan 4:45pm, tapi 8:45pm.
Berikut pulak adalah jersi skuad Johor tahun ini:



Dengan ini, aku akan cuba untuk mengulas tentang pasukan Johor juga selain dari Manchester United. Tentu menarik la.


Luaskan kuasamu.