Showing posts with label politic. Show all posts
Showing posts with label politic. Show all posts

Wednesday, May 16, 2018

Malaysia Baru 9hb Mei 2018. Bagaimana rakyat bersatu menggunakan kuasa mereka menjatuhkan kerajaan yang memerintah sejak merdeka.

Pre - Election

Rakyat secara amnya tertekan dengan kos sara hidup yang sentiasa menekan. Cukai GST yang sepatutnya mengawal malah menurunkan harga barangan menjadi sebaliknya. Harga barangan yang tiada seliaan atau kawalan daripada KPDNKK terus meningkat. Kerajaan BN menawarkan solusi dengan memberikan BR1M kepada semua B40 yang layak. Manakala M40, yang tiada sebarang insentif, terus berhempas pulas mencari rezeki dan diperah hasil titik mereka bagi menyara kos hidup seharian yang semakin meningkat. Bagi yang blur, B40 merujuk kepada mereka yang berpendapatan rendah dibawah RM3,000/bulan yang membentuk 40% rakyat Malaysia (Below 40%). Manakala M40 pula merujuk kepada mereka yang berpendapatan sederhana rendah hingga tinggi di antara RM3,000 - RM8,000/bulan (Medium 40%) dan T20 pula kepada mereka yang berpendapatan >RM8,000/bulan membentuk 20% rakyat Malaysia (Top 20%). Untuk info lebih lanjut, klik link ini

Sumber: The Edge
Realiti bagi kami M40, setelah bekerja seharian untuk 5 hari (atau 6 hari) seminggu yang terpaksa berbelanja untuk makanan, tol dan minyak kenderaan, kami merasakan beban tekanan kos sara hidup itu terlalu berat. Itu belum mengambil kira kos bulanan seperti yuran bas sekolah anak-anak, bayaran/sewa rumah, kereta, pinjaman PTPTN dan sebagainya yang membentuk 60% atau lebih perbelanjaan bulanan kami. Maka, ada yang terpaksa membuat kerja part time - menjadi pemandu Uber atau GRAB. Ini untuk membolehkan kami mempunyai wang lebih bagi berbelanja untuk anak-anak dan keluarga kami.

Dan yang menyedihkan kami, para pemimpin BN mengeluarkan statement-statement menyedihkan dan menyakitkan hati kami mengenai kesusahan kami. "Taknak lalu tol, ikut jalan lama", "Buat 2 kerja atau lebih untuk menampung keluarga" etc. WTF! Sebagai kerajaan, sepatutnya mencari jalan bagi memudahkan rakyat dan menambah hasil negara. Ini tidak, banyak yang bertuhankan tagline "Cash is King". Jika pemimpin yang tertinggi mengamalkannya, mana tak yang pemimpin bawahan ni tak mengikut?


Sumber: The Edge
 Kemudian, Malaysia menjadi bahan lawak rakyat dunia. 1MDB menjadi kes paling popular di media dunia. Tetapi di Malaysia, para pemimpin mengatakan bahawa semua itu adalah fakenews. Jangan percaya. Media kerajaan dan TV3 terus menerus menjadi bahan untuk menipu rakyat. Rasanya kebanyakan kami dah tak menonton berita jam 8 malam lagi. Kerana isi beritanya lebih kepada propaganda kerajaan tanpa sebarang had! Itu belum ambil kira drama Melayu jam 7 malam! (off topic jap).

Jika mengambil kira info The Edge seperti tertera di sebelah, separuh rakyat Malaysia hanya menjana kurang daripada RM2,000 sebulan dengan negeri Kelantan mempunyai purata pendapatan RM1,200 sebulan sahaja!

Mengapa menjadi begitu? Di bawah pimpinan Dato Sri Najib Tun Abdul Razak (DSN), negara kita berurusan dengan Negara China dengan memberikan projek-projek mega kepada syarikat-syarikat China yang kebanyakan mereka tak pandai cakap English pon. Maka dengan buruh-buruh dibawa dari Negara China. tiada kawalan kemasukan pekerja asing dan polisi yang kerajaan katakan menguntungkan negara, peluang pekerjaan rakyat tempatan menjadi terhad. Kebanyakan pekerja kilang sekarang adalah warga asing. Semakin kurang rakyat Malaysia yang berminat bekerja sebagai pekerja kilang seperti tahun 90-an.

Semakin lama, semakin muak rakyat dengan propaganda kerajaan BN. Semakin lama, semakin sakit hati pimpinan bawahan dengan kesombongan pemimpin atasan. Mana taknya, jika tidak menurut perintah, akan dibuang kerja atau di tukar tempat kerja di tempat lain i.e. Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mukhriz Mahathir & Datuk Mohamad Shafie Afdal. Maka semua ini menjadi pemangkin amarah rakyat kepada kerajaan.

Election Date

Memang standard untuk DSN mengadakan pilihanraya betul-betul di hujung penggal yang sepatutnya. Tetapi tiada yang menyangkakan yang Election Commision (EC) akan mengadakan pilihanraya umum (PRU) pada hari RABU! Maka bertambah marahlah rakyat. Mungkin DSN dapat merasakan gelombang penolakan rakyat semakin menjadi-jadi, maka bagi memberi peluang kepada BN untuk kekal berkuasa, PRU yang dibuat pada hari Rabu dijangkakan mempunyai bilangan pengundi yang rendah. Itu belum ditambah dengan keterbukaan PAS untuk bekerjasama dengan BN dan meninggalkan Pakatan Harapan yang mana pada PRU13 yang lepas, mereka tiada masalah untuk bekerjasama bersama. Maka pertembungan 3 penjuru di kebanyakan kawasan bakal memberikan kelebihan kepada BN.

Di sini bermulalah kelihatan betapa rakyat Malaysia adalah rakyat yang bersatu dan mengamalkan politik matang. Buat PRU hari Rabu? Takpe, rakyat mula membanjiri media sosial dengan menghulurkan bantuan dari segi kewangan atau car pool untuk pulang mengundi. Hashtag seperti #carpoolge14 #pulangmengundi mula menjadi trending di media sosial. Apa maksud rakyat yang bersatu? Kita telah menunjukkan kepada dunia, walau apa jua kaum atau background kita, kita bersatu untuk menunaikan tanggungjawab kita tanpa sebarang pertumpahan darah atau demonstrasi. Berbeza sewaktu lewat 90-an atau awal millenia, jika tidak puas hati, kita akan turun ke jalanraya untuk berdemonstrasi menzahirkan ketidakpuashati kita.

General Election 14 data

PRU13 @ GE13 menyaksikan DSN meneruskan kekuasaan BN dengan memenangi 133 kerusi parlimen, Pakatan Rakyat (bersama PAS) memenangi 89 kerusi Parlimen. Sebanyak 13,268,002 pengundi berdaftar dan peratus keluar mengundi sebanyak 11,257,147 pengundi atau 84.84%. Yang tertinggi dalam sejarah PRU Malaysia. Untuk sedikit info tentang sejarah pilihan raya Malaysia, klik sini

Sumber: Berita Harian

Sewaktu itu, most of the Chinese didn't vote BN. Urban voters yang balik ke kampung pon sama. Bayangkan, selama 2 kali PRU sebelum itu, kalo sampai kat sekolah untuk mengundi, cuma perlu beratur sikit dan kemudian boleh mengundi. PRU13 berbeza, terlampau ramai yang ingin mengundi sehinggakan kena beratur dari pintu guard sekolah. Rasanya EC masa tu pon tak sangka turn out seramai itu.

Untuk PRU 14 @ GE14, seramai 14,940,624 pemilih yang layak mengundi. 
Seramai 3,053,495 pemilih berumur 60 tahun ke atas. 
38.61% atau 5,769,767 pemilih berumur di antara 40 -59 
Sumber: Utusan Malaysia
 
tahun. Dan lingkungan usia paling ramai pemilih adalah mereka yang berumur 21 - 39 tahun, seramai 6,117,362 pemilih atau 40.94%. 

Mereka ini yang membesar di zaman reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Kemudian ditambah dengan mereka yang membesar dengan susah payah dan tak kenal betapa gahnya Malaysia di mata dunia sewaktu litar sepang menjadi salah satu sirkit F1, lapangan terbang antara yang terbaik didunia sewaktu itu, KLIA, menara berkembar tertinggi didunia, KLCC dan seorang pemimpin yang disegani pemimpin-pemimpin Islam yang lain. Yang tidak takut untuk menyuarakan pendapat di peringkat dunia. 

Umum mungkin lupa, tetapi pemilih atas pagar dan pemilih UMNO pada peringkat akar umbi juga sedang menolak BN. 


Berikut adalah taburan pengundi muda bagi PRU 14:

Sumber: The Edge
Dan yang terakhir. Faktor Tun Mahathir.  

Pada usia 92 tahun, beliau sanggup meninggalkan kesenangan bergelar sebagai Tun dan kembali ke kancah politik. Cemuhan, makian dan fitnah diterima dengan cekal. Parti yang di ciptanya tidak mendapat kelulusan ROS untuk menyertai PRU. Pakatan Harapan juga tidak mendapat kelulusan untuk didaftarkan sebagagaimana Barisan Nasional. Tun juga sempat menulis surat am kepada semua badan beruniform negara supaya tidak risau untuk mengundi Pakatan. Maka Tun ke serata Malaysia berceramah bagi meraih undi. Kemudian, satu per satu menyertai beliau. DS Daim, TS Rafidah Aziz, TS Rais Yatim, malah TS Syed Albar juga menyertai kempen beliau. Beliau berjaya menyatukan semua parti Pakatan Rakyat sebelumnya kecuali PAS dan bertanding di bawah satu panji. Beliau juga telah mengisytiharkan beliau akan menjadi perdana menteri buat 2 tahun, Dr. Wan Azizah sebagai Timbalan perdana menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri ke-8. 
 
Maka rakyat perlukan perubahan.

Post Election GE14

Sejarah tercipta.

Barisan Nasional tewas. 

Tanda-tandanya sangat jelas. Keputusan rasmi sangat lewat di umumkan bagi kerusi parlimen, baik kerusi DUN. Jika PRU sebelum ini, jam 11 malam, BN umumkan bahawa mereka telah memenangi PRU tersebut. Sama ada 2/3 majoriti. Atau simple majoriti. Namun kali ini tidak. 

Kemudian, Tun Mahathir mengadakan press conference pertama pada jam sekitar 11 malam menyatakan kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan.

Berikut adalah fakta-fakta GE14:

1. Keputusan penuh Pilihanraya Umum Parlimen Malaysia ke-14:

Sumber: Bernama
2. Keputusan taburan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihanraya Malaysia ke-14

Sumber: Myundi.com
3. Fakta pola pengundian pemilih pada Pilihanraya Umum Malaysia ke-14:

Sumber: Berita Harian
 Mengikut pecahan undi diatas, 50.1% pemilih memilih Pakatan Harapan. 31.9% memilih Barisan Nasional dan 18% memilih Gagasan Sejahtera yang diketuai oleh PAS. Maknanya, bukan semua 5 juta ahli UMNO yang mengundi Barisan Nasional.

Sumber: Berita Harian
Pola pengundian di rural area seperti Felda juga telah berubah. Tidak lagi menjadi fix deposit kepada Barisan Nasional. Hanya di utara Johor, Pahang dan Perak masih menyokong Barisan Nasional.

Sumber: Twitter

Pola pengundian kawasan yang mempunyai undi pos juga tidak memilih Barisan Nasional.

Maka, PRU14 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia secara amnya telah menolak Barisan Nasional. Gabungan semua faktor pre- election di atas menjadi sebab utama kenapa Barisan Nasional tewas buat pertama kali dalam sejarah Malaysia.

Alhamdulillah peralihan kuasa juga berlaku secara aman. Ini menunjukkan rakyat Malaysia telah bersatu dan menunjukkan kepada dunia bahawa kita adalah rakyat yang matang dan sangat demokrasi. Memang terdapat sedikit kelewatan dalam acara angkat sumpah perdana menteri, mana tidaknya, ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia yang perdana menteri di lantik daripada parti selain UMNO Barisan Nasional. 

Maka bermulalah era baru Malaysia selepas kerajaan Barisan Nasional. Malaysia membuktikan bahawa kita cuma perlukan tanggungjawab kita untuk memilih dan berjaya berubah seperti yang kita inginkan. Jika Pakatan Harapan tidak mengotakan janji mereka, kita rakyat Malaysia tidak akan teragak-agak untuk menggunakan hak kami bagi menggantikan mereka.




Tuesday, July 12, 2011

Before and after

Al Fatihah utk saudara Baharuddin Ahmad yg meninggal dunia akibat serangan jantung. Lokasi kematian aku x sure sgt. Mgkin semasa dlm perjalanan ke hospital atau di lokasi dia di tahan ataupon di hospital. Semoga rohnya di tempatkan bersama sama dgn org yg beriman.

Its always sad to hear about death of somebody. Especially those yg rapat dgn kita. I experience it with the death of grandma and Pak Long. Its really painfull coz they meant a lot to me. Kepada keluarga arwah Baharuddin, semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Bila aku tgk kat youtube kebanyakan video (yg confirm kondem gomen), aku marah dan sedih. Marah sebab benda ni boleh di elakkan kalau mereka yg berarak tu dgr kata and gather kat stadium Merdeka without the need to berarak. Mcm ko nak tgk concert, ada ke ko nak berarak ramai2 dari KL Sentral or Petaling Street utk ke std merdeka? Sah sah kena maki hamun dgn peniaga2 kat situ dan confirm ko x sampai std but ko end up kat lokap. Aku sedih pasal kebanyakan yg join rally ni, org Islam... Org melayu.... Dan yg paling aku x ble terima budak2... Ko tu dah la tgh blaja lagi. Mkn minum... Mak bapak ko yg tanggung. Kalau kena tangkap, sapa yg susah? Mak bapak ko jgk yg susah. Mmg la mak bapak ko yg susah, bkn mak bapak aku... Tp bile ko nal carik keje nnti bile ko grad, rekod ko busuk sbb ada rekod kena tahan polis. Sapa nak amik ko keje....

Eh... Emotional plak... Rilek...rilek..

Mmg la majoriti kat Malaysia ni org kita yg ramai... Tp perlu ke kite terjemahkan x puas hati kita mcm ni? PRU smpai nnti, pegi la mengundi. Kalo blm daftar lagi, pegi la mendaftar skrg... Ckp mcm ahli politik, bile PRU sampai, mengundi pon tak. Kecoh je lebih. Takut pilihan raya nnti tu x adil sbb Najib bkn mcm Pak Lah ( u know what i mean)? Come on la.... Yg BN menang PR kecil baru ni semuanya mmg tmpt BN asalnya sblm PRU 2008. So apahal la ko nak takut sgt? Kalo takut sgt, pindah la dok kat spore ke, melbourne ke, thailand ke.... Kat sana kan gomen diorg x halang korang nak berhimpun ke berarak ke sbb to them your number dont mean a thing. X kan la gomen Msia nak pegi hantar trak FRU kat Australia ke US ke... Semata mata nak sembur air or tembak tear gas kat diorg. Elok nak buat mcm tu, terus jd perang besar antara Msia dgn negara tu. Sah sah Msia kalah. Then kita hidup mcm kat Palestin tu or worst, cinamen take over the country. Aku rasa itu yg korang nak agaknya...

Emo lagi...ish..

Back to the topic.
Sblm Bersih 2.0 rally 709, gomen dgn media massanya mengprovoke rakyat yg rally ni akan membawa keburukan lebih dari kebaikkan. It will bring disaster. Hari hari bila berita je... Memula mesti pasal Ambiga...pasal Bersih... Pasal Pas... Pasal Anwar... Naik muak aku tgk.. Terpaksa la aku bukak channel 613 bagi Ayra tgk Minnie. Minnie walaupon seekor tikus, tapi lagi bagus dari Buletin Utama. Di internet plak, Malaysia Insider & Malaysiakini melaporkan yg sebaliknya pulak. Antara artikel2 yg sempat aku baca... Lebih 100k org akan menyertai Bersih 2.0. Parti ni nak hantar bla..bla... org utk menyertai. Walau apa pon terjadi, perhimpunan Bersih 2.0 tetap akan dibuat.

And then YDPA pon bertitah supaya tidak di adakan perhimpunan.... Wakil dari Bersih berjumpa dgn baginda & gomen bagi buat perhimpunan. Tp buat di stadium yg dicadangkan gomen.

Bersih pilih stadium Merdeka. Gomen and MB Selangor bg cadangan buat d stadium Shah Alam. Dua2 pihak tetap dgn pendirian memasing. Maka perhimpunan tetap akan berlangsung walaupon gomen x kasik.

Bila x kasik, kalau ko jd gomen... Apa ko kena buat? Apa lagi... Cancelkan cuti semua pegawai polis & FRU. Tumpukan utk perhimpunan ini. Perlu ke sediakan medic atau ambulan utk perhimpunan tu? Buat apa.. Bkn aku kasik pon diorg berhimpun. Diorg sebok nak buat, diorg la kena sediakan semua tu patutnya.

Back tu Arwah Baharuddin case. Polis yg mengawal dia tu bodolah. Patutnya, dia call la pegawai atasan dia bgtau ada kes kecemasan... Ini tidak, buat dek.... Je. Dah dekat 10 min arwah tu nazak, baru nak call. Kereta polis sampai (if ikutkan petikan video tu) 25min selepas tu.

Aku respek kat AI, tgh chaos mcm tu dia bole remain calm jer brckp dgn camera wartawan antarabangsa. Mmg terserlah le tokoh kepemimpinan dia. Mmg layak dia jd ketua pembangkang. Tp di mana dia semasa semua org baru nak berkumpul? Kenapa dia tidak di tangkap? Sedangkan Mahfuz, Ngeh KH, Ambiga kena tangkap? Senang jer... Sbb dia ketua pembangkang. If polis tangkap, confirm jd kes besar yg boleh.melarat lebig teruk.

Yg 1k lebih ditangkap tu mesti suka. Dah penat penat berarak, then kena tangkap then bole tunaikan solat.dgn aman then bole.makan2 mcm g berkelah... Ish... Seronok... Seronok. Then mlmnya bole dibebaskan dgn jaminan polis.

Post Bersih 2.0... Org ni nak saman org tulah. Gomen ckp ni... Pembangkang ckp tu... Perhimpunan tu aman hinggalah pihak polis bertindak ganas..... Mcmane x ganas... Dah prior to that day dah bgtau yg polis akan gunakan kuasanya utk meleraikan perhimpunan tu. Amaran telah di beri lama sblm hari tu, so bile smpai harinya ko still berdegil, apa perlu aku buat?

Sampah selepas perhimpunan tu sapa yg bersihkan? Ada la segelintir yg bersihkan tmpt tu. Yg lain? Hampeh.....

U know what... Drpd Najib, aku lagi suka Tun. Why? Tun will arrest those party yg nak organize such an event prior to the day of the plan event. He will make sure that the rally wont take place. He will ensure media blackout on anything with regards to the Bersih 2.0 plan. So there will be no need for people to berhimpun. Peniaga x perlu tutup kedai. Everything will run as if nothing happen. But Najib x mcm tu.... Ko bole baca malaysiakini. Ko bole post kat twitter or fb apa je ko nak. Ko bole tulis blog sesuka ko. Ko bole post video kat youtube tanpa sekatan. Ko prasan tak semua ni?

Every action have its reaction. Cause and effect. Whats goes around comes around. Aku x nmpk any goodness comes out from the rally. Aku nmpk kemusnahan. Aku nmpk kematian. Aku nmpk sampah sarap. Aku nmpk org kena pukul. Aku nmpk org kena tangkap.

Aku nmpk betapa risaunya pak lang aku sampai setiap minit dok asyik mengadap telepon dia. Aku pon sama... Tp lebih kpd tweet & live streaming of news from korg. Korg tau tak if keadaan x terkawal, x kesah le polis yg mengganas ke org ramai yg mengganas, tentera akan mengambil alih dan darurat akan diumumkan. Ko nak Malaysia kita ni darurat?

9 July 2011 pasti dikenang. Bagi sesetgh pihak, ia adalah hari di mana proses demokrasi bernyawa di bumi Malaysia. Ada yg menyumpah seranah, ada yg menyokong... Tp x pergi pon berhimpon. Ckp jer lebih. Ada yg membawa diri kluar dari Klang valley sbb nak lari dr Bersih. Dan pelbagai lagi ragam rakyat Malaysia.

And guess what? We are back to our normal chores. Kita g kije mcm biasa. Cuma parut tu masih ada. X kan hilang...

posted from Bloggeroid

Sunday, July 10, 2011

Bersihnya.....


Ada org marah.
"Knapa marah?", aku tanya.
Sangkut jem bapak teruk smlm.
"jem knape?", aku tanya.
"Polis buat roadblock la, pasal tu jem teruk".
"Knape polis buat roadblock?", tanye aku.
"Pasal nak halang org dari berkumpul, berarak g stadium merdeka la."
"Knape kena halang org nak berarak tu?", tanya aku lagi.
"Polis mana nak bagi org ramai berarak berdemonstrasi, kera jaan mestilah takut dgn diorg semua ni! Sbb tu kena halang mereka ni dari berkumpul reramai d stadium merdeka".
"Sebab apa diorg nak berarak ke std merdeka tu?", tanya aku.
"Ko sengal ke apa? Pasal nak menyerahkan memorandum ke YDP Agung minta baginda tuanku acknowledge that 'rakyat' mahukan 7 keadilan dalam pilihanraya umum akan datang."
"Aku x sengal. Aku nak bagi byk soalan utk ko jawab sekali harung.
Kenapa masa jumpa YDPA hari Khamis hari tu, Bersih tu x serahkan memorandum tu pada YDPA? Bukan ke YDPA kata jangan berarak, berdemo, kalau nak berhimpun pon... Berhimpun lah di dalam stadium. Baginda xde ckp boleh berarak sambil menjerit reformasi menuju ke stadium.
Kenapa bila menteri besar Selangor cadangkan guna Stadium Shah Alam sebagai venue perhimpunan, diorg still berdegil nak buat kat stadium merdeka?
Kalau memorandum yg nak diserahkan pada YDPA pon x bagi, apa lagi motif nak buat perhimpunan tu?
Kenapa Ambiga, bekas presiden BAR council yg terang2 nak menukar perlembagaan negara berkenaan hak kebebasan memilih agama utk remaja yg berumur 17 tahun dan ke atas walaupun remaja tersebut lahir dari keluarga Islam. Itu x termasuk lagi kes Lina Joy dan byk lagi kes convert to kristian drpd Islam, yg diorg pilih utk menjadi steering head of Bersih 2.0?
Kenapa senarai yg di tahan cuma ada Sivarasa, Ambiga & Tian Chua je non malays? Mana Kit Siang? Mana Guan Eng? Mana Karpal & anaknya? Di mana mereka semasa perarakan itu?
Kenapa yg berhimpun/ berarak tu majoritinya belum layak lagi utk mengundi sedangkan tuntutan Bersih utk ketelusan dlm PRU akan datang? Eiii... Byk soalan aku lagi ni, ko ble jawab ke?
Selepas Bersih 2.0 selesai, apa yg korg dpt hasil drpd perhimpunan tu? Kerajaan digulingkan? Negara semakin kaya? Harga minyak turun? Harga barang turun?" tanya aku berjela....
So sapa yang nak jawab ni?

posted from Bloggeroid