Wednesday, May 16, 2018

Malaysia Baru 9hb Mei 2018. Bagaimana rakyat bersatu menggunakan kuasa mereka menjatuhkan kerajaan yang memerintah sejak merdeka.

Pre - Election

Rakyat secara amnya tertekan dengan kos sara hidup yang sentiasa menekan. Cukai GST yang sepatutnya mengawal malah menurunkan harga barangan menjadi sebaliknya. Harga barangan yang tiada seliaan atau kawalan daripada KPDNKK terus meningkat. Kerajaan BN menawarkan solusi dengan memberikan BR1M kepada semua B40 yang layak. Manakala M40, yang tiada sebarang insentif, terus berhempas pulas mencari rezeki dan diperah hasil titik mereka bagi menyara kos hidup seharian yang semakin meningkat. Bagi yang blur, B40 merujuk kepada mereka yang berpendapatan rendah dibawah RM3,000/bulan yang membentuk 40% rakyat Malaysia (Below 40%). Manakala M40 pula merujuk kepada mereka yang berpendapatan sederhana rendah hingga tinggi di antara RM3,000 - RM8,000/bulan (Medium 40%) dan T20 pula kepada mereka yang berpendapatan >RM8,000/bulan membentuk 20% rakyat Malaysia (Top 20%). Untuk info lebih lanjut, klik link ini

Sumber: The Edge
Realiti bagi kami M40, setelah bekerja seharian untuk 5 hari (atau 6 hari) seminggu yang terpaksa berbelanja untuk makanan, tol dan minyak kenderaan, kami merasakan beban tekanan kos sara hidup itu terlalu berat. Itu belum mengambil kira kos bulanan seperti yuran bas sekolah anak-anak, bayaran/sewa rumah, kereta, pinjaman PTPTN dan sebagainya yang membentuk 60% atau lebih perbelanjaan bulanan kami. Maka, ada yang terpaksa membuat kerja part time - menjadi pemandu Uber atau GRAB. Ini untuk membolehkan kami mempunyai wang lebih bagi berbelanja untuk anak-anak dan keluarga kami.

Dan yang menyedihkan kami, para pemimpin BN mengeluarkan statement-statement menyedihkan dan menyakitkan hati kami mengenai kesusahan kami. "Taknak lalu tol, ikut jalan lama", "Buat 2 kerja atau lebih untuk menampung keluarga" etc. WTF! Sebagai kerajaan, sepatutnya mencari jalan bagi memudahkan rakyat dan menambah hasil negara. Ini tidak, banyak yang bertuhankan tagline "Cash is King". Jika pemimpin yang tertinggi mengamalkannya, mana tak yang pemimpin bawahan ni tak mengikut?


Sumber: The Edge
 Kemudian, Malaysia menjadi bahan lawak rakyat dunia. 1MDB menjadi kes paling popular di media dunia. Tetapi di Malaysia, para pemimpin mengatakan bahawa semua itu adalah fakenews. Jangan percaya. Media kerajaan dan TV3 terus menerus menjadi bahan untuk menipu rakyat. Rasanya kebanyakan kami dah tak menonton berita jam 8 malam lagi. Kerana isi beritanya lebih kepada propaganda kerajaan tanpa sebarang had! Itu belum ambil kira drama Melayu jam 7 malam! (off topic jap).

Jika mengambil kira info The Edge seperti tertera di sebelah, separuh rakyat Malaysia hanya menjana kurang daripada RM2,000 sebulan dengan negeri Kelantan mempunyai purata pendapatan RM1,200 sebulan sahaja!

Mengapa menjadi begitu? Di bawah pimpinan Dato Sri Najib Tun Abdul Razak (DSN), negara kita berurusan dengan Negara China dengan memberikan projek-projek mega kepada syarikat-syarikat China yang kebanyakan mereka tak pandai cakap English pon. Maka dengan buruh-buruh dibawa dari Negara China. tiada kawalan kemasukan pekerja asing dan polisi yang kerajaan katakan menguntungkan negara, peluang pekerjaan rakyat tempatan menjadi terhad. Kebanyakan pekerja kilang sekarang adalah warga asing. Semakin kurang rakyat Malaysia yang berminat bekerja sebagai pekerja kilang seperti tahun 90-an.

Semakin lama, semakin muak rakyat dengan propaganda kerajaan BN. Semakin lama, semakin sakit hati pimpinan bawahan dengan kesombongan pemimpin atasan. Mana taknya, jika tidak menurut perintah, akan dibuang kerja atau di tukar tempat kerja di tempat lain i.e. Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mukhriz Mahathir & Datuk Mohamad Shafie Afdal. Maka semua ini menjadi pemangkin amarah rakyat kepada kerajaan.

Election Date

Memang standard untuk DSN mengadakan pilihanraya betul-betul di hujung penggal yang sepatutnya. Tetapi tiada yang menyangkakan yang Election Commision (EC) akan mengadakan pilihanraya umum (PRU) pada hari RABU! Maka bertambah marahlah rakyat. Mungkin DSN dapat merasakan gelombang penolakan rakyat semakin menjadi-jadi, maka bagi memberi peluang kepada BN untuk kekal berkuasa, PRU yang dibuat pada hari Rabu dijangkakan mempunyai bilangan pengundi yang rendah. Itu belum ditambah dengan keterbukaan PAS untuk bekerjasama dengan BN dan meninggalkan Pakatan Harapan yang mana pada PRU13 yang lepas, mereka tiada masalah untuk bekerjasama bersama. Maka pertembungan 3 penjuru di kebanyakan kawasan bakal memberikan kelebihan kepada BN.

Di sini bermulalah kelihatan betapa rakyat Malaysia adalah rakyat yang bersatu dan mengamalkan politik matang. Buat PRU hari Rabu? Takpe, rakyat mula membanjiri media sosial dengan menghulurkan bantuan dari segi kewangan atau car pool untuk pulang mengundi. Hashtag seperti #carpoolge14 #pulangmengundi mula menjadi trending di media sosial. Apa maksud rakyat yang bersatu? Kita telah menunjukkan kepada dunia, walau apa jua kaum atau background kita, kita bersatu untuk menunaikan tanggungjawab kita tanpa sebarang pertumpahan darah atau demonstrasi. Berbeza sewaktu lewat 90-an atau awal millenia, jika tidak puas hati, kita akan turun ke jalanraya untuk berdemonstrasi menzahirkan ketidakpuashati kita.

General Election 14 data

PRU13 @ GE13 menyaksikan DSN meneruskan kekuasaan BN dengan memenangi 133 kerusi parlimen, Pakatan Rakyat (bersama PAS) memenangi 89 kerusi Parlimen. Sebanyak 13,268,002 pengundi berdaftar dan peratus keluar mengundi sebanyak 11,257,147 pengundi atau 84.84%. Yang tertinggi dalam sejarah PRU Malaysia. Untuk sedikit info tentang sejarah pilihan raya Malaysia, klik sini

Sumber: Berita Harian

Sewaktu itu, most of the Chinese didn't vote BN. Urban voters yang balik ke kampung pon sama. Bayangkan, selama 2 kali PRU sebelum itu, kalo sampai kat sekolah untuk mengundi, cuma perlu beratur sikit dan kemudian boleh mengundi. PRU13 berbeza, terlampau ramai yang ingin mengundi sehinggakan kena beratur dari pintu guard sekolah. Rasanya EC masa tu pon tak sangka turn out seramai itu.

Untuk PRU 14 @ GE14, seramai 14,940,624 pemilih yang layak mengundi. 
Seramai 3,053,495 pemilih berumur 60 tahun ke atas. 
38.61% atau 5,769,767 pemilih berumur di antara 40 -59 
Sumber: Utusan Malaysia
 
tahun. Dan lingkungan usia paling ramai pemilih adalah mereka yang berumur 21 - 39 tahun, seramai 6,117,362 pemilih atau 40.94%. 

Mereka ini yang membesar di zaman reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Kemudian ditambah dengan mereka yang membesar dengan susah payah dan tak kenal betapa gahnya Malaysia di mata dunia sewaktu litar sepang menjadi salah satu sirkit F1, lapangan terbang antara yang terbaik didunia sewaktu itu, KLIA, menara berkembar tertinggi didunia, KLCC dan seorang pemimpin yang disegani pemimpin-pemimpin Islam yang lain. Yang tidak takut untuk menyuarakan pendapat di peringkat dunia. 

Umum mungkin lupa, tetapi pemilih atas pagar dan pemilih UMNO pada peringkat akar umbi juga sedang menolak BN. 


Berikut adalah taburan pengundi muda bagi PRU 14:

Sumber: The Edge
Dan yang terakhir. Faktor Tun Mahathir.  

Pada usia 92 tahun, beliau sanggup meninggalkan kesenangan bergelar sebagai Tun dan kembali ke kancah politik. Cemuhan, makian dan fitnah diterima dengan cekal. Parti yang di ciptanya tidak mendapat kelulusan ROS untuk menyertai PRU. Pakatan Harapan juga tidak mendapat kelulusan untuk didaftarkan sebagagaimana Barisan Nasional. Tun juga sempat menulis surat am kepada semua badan beruniform negara supaya tidak risau untuk mengundi Pakatan. Maka Tun ke serata Malaysia berceramah bagi meraih undi. Kemudian, satu per satu menyertai beliau. DS Daim, TS Rafidah Aziz, TS Rais Yatim, malah TS Syed Albar juga menyertai kempen beliau. Beliau berjaya menyatukan semua parti Pakatan Rakyat sebelumnya kecuali PAS dan bertanding di bawah satu panji. Beliau juga telah mengisytiharkan beliau akan menjadi perdana menteri buat 2 tahun, Dr. Wan Azizah sebagai Timbalan perdana menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri ke-8. 
 
Maka rakyat perlukan perubahan.

Post Election GE14

Sejarah tercipta.

Barisan Nasional tewas. 

Tanda-tandanya sangat jelas. Keputusan rasmi sangat lewat di umumkan bagi kerusi parlimen, baik kerusi DUN. Jika PRU sebelum ini, jam 11 malam, BN umumkan bahawa mereka telah memenangi PRU tersebut. Sama ada 2/3 majoriti. Atau simple majoriti. Namun kali ini tidak. 

Kemudian, Tun Mahathir mengadakan press conference pertama pada jam sekitar 11 malam menyatakan kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan.

Berikut adalah fakta-fakta GE14:

1. Keputusan penuh Pilihanraya Umum Parlimen Malaysia ke-14:

Sumber: Bernama
2. Keputusan taburan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihanraya Malaysia ke-14

Sumber: Myundi.com
3. Fakta pola pengundian pemilih pada Pilihanraya Umum Malaysia ke-14:

Sumber: Berita Harian
 Mengikut pecahan undi diatas, 50.1% pemilih memilih Pakatan Harapan. 31.9% memilih Barisan Nasional dan 18% memilih Gagasan Sejahtera yang diketuai oleh PAS. Maknanya, bukan semua 5 juta ahli UMNO yang mengundi Barisan Nasional.

Sumber: Berita Harian
Pola pengundian di rural area seperti Felda juga telah berubah. Tidak lagi menjadi fix deposit kepada Barisan Nasional. Hanya di utara Johor, Pahang dan Perak masih menyokong Barisan Nasional.

Sumber: Twitter

Pola pengundian kawasan yang mempunyai undi pos juga tidak memilih Barisan Nasional.

Maka, PRU14 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia secara amnya telah menolak Barisan Nasional. Gabungan semua faktor pre- election di atas menjadi sebab utama kenapa Barisan Nasional tewas buat pertama kali dalam sejarah Malaysia.

Alhamdulillah peralihan kuasa juga berlaku secara aman. Ini menunjukkan rakyat Malaysia telah bersatu dan menunjukkan kepada dunia bahawa kita adalah rakyat yang matang dan sangat demokrasi. Memang terdapat sedikit kelewatan dalam acara angkat sumpah perdana menteri, mana tidaknya, ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia yang perdana menteri di lantik daripada parti selain UMNO Barisan Nasional. 

Maka bermulalah era baru Malaysia selepas kerajaan Barisan Nasional. Malaysia membuktikan bahawa kita cuma perlukan tanggungjawab kita untuk memilih dan berjaya berubah seperti yang kita inginkan. Jika Pakatan Harapan tidak mengotakan janji mereka, kita rakyat Malaysia tidak akan teragak-agak untuk menggunakan hak kami bagi menggantikan mereka.