Friday, August 19, 2011

Dugaanku...

On the way balik dari Selama pada ahad lepas, 14.08.2011. Pada pukul lebih kurang 4:25 petang di km295.1 arah selatan PLUS berhampiran dengan exit Gopeng. Aku, Erma & Ayra mengalami kemalangan yang berkemungkinan boleh membawa maut.

Aku gagal mengawal kereta aku lalu menyebabkan kereta berpusing 2x dan melanggar divider tengah jalan. Kereta aku berhenti di tengah2 lorong perlahan kenderaan; melawan arus. Aku bawak 70km/j pada masa tu. Hujan yang lebat menyebabkan keempat2 tayar kereta aku tak grip jalan dan terus membuang or skid.







Sewaktu kemalangan, aku rasa kami memang takkan selamat masa tu. Sebaik sahaja kereta aku berhenti, aku terus tengok Erma & Ayra dibelakang. Alhamdulillah mereka ok. Aku bersyukur banyak2 kerana kami terselamat dalam kemalangan itu tanpa sebarang injury. Cuma trauma je yang masih menyelubungi diri.

Tak sempat aku keluar dari kereta, towing dah sampai. Alhamdulillah juga towing tu rupanya agent insurans aku. Plusronda pon tak lama lepas tu sampai. Kami dibawa ke balai polis Gopeng untuk membuat laporan polis. Dengan barang yang sarat dalam kereta, aku tak tau mcmane kami nak balik shah alam hari tu jugak. Alhamdulillah abang ipar sudi datang menyelamatkan kami. Dah la tak sempat berbuka dengan keluarganya, dia gerak setelah kami setuju mintak tolong dari dia.

Kami sekeluarga selamat sampai dirumah pada pukul 11:55 malam.

Bila aku tengok berita pasal kemalangan maut dijalan raya akibat terbabas, aku jadi sedih. Aku berpikir yang itu boleh jadi aku atau Erma atau Ayra. Sememangnya malang itu tidak berbau. Maka cerita Final destination yang ntah sampai nombor berapa nak abis tu memang menipulah.

Aku ingat lagi tiap kali on the way balik dari Selama ke Shah Alam, selepas jer terowong dan menuruni bukit dimana dulu ada tol booth, boleh kata 90% lalu situ mesti hujan. So aku memang dah tau yang memang banyak lopak air bertakung di situ. Lorong laju memang janganlah lalu unless tayar kereta ko berdiameter besar atau ko bawak 4x4. Kalau tak memang akan tersekat2 dek lopak air tu. Manalah aku nak tau tempat lain pulak yang jadinya.

Ini kiranya kemalangan aku yang ke 7 sepanjang 15 tahun pengalaman aku memandu. 2 motor & 5 kereta.Dan 2 yang terakhir tu, dalam bulan ramadan tahun ni. Memang banyak dugaan aku berpuasa tahun ni.

Tapi aku bersyukur sebab ramai yang mengambil berat pada kami sekeluarga. Pada yang telefon bertanya khabar, yang bagi pinjam kereta untuk aku meneruskan kehidupan seharian & of course keluarga abang ipar aku. Kami sekeluarga ucapkan jutaan terima kasih. Allah sahajalah yang mampu membalas jasa korang pada kami.

posted from Bloggeroid

Saturday, August 06, 2011

Warna warni bola sepak 28.07.2011

Stadium Jalan Besar Singapura boleh memuatkan 6,000 penonton. Tapi bile tengok balik game tu, macam tengok kat stadium Uitm je rasanya. Stand hanya ada di kiri kanan padang. The only good thing about that stadium is, its a football stadium. Don't understand? A true football stadium is like the stadium in England. The stadium purely use for football only. There is no track outside of the football field to separate between the stand and the field. Macam stadium jcorp di pasir gudang pon ye jugak. So tak heranlah bile akhbar Singapura mengatakan tiket perlawanan Singapura vs. Malaysia telah habis dijual dalam masa 2 hari. Ala....6,000 je. Macamane nak penuhkan stadium yang berkapasiti 90,000?

Itu let's us Malaysian show you how....

85,000 tiket yang diperuntukkan untuk penyokong Malaysia habis dijual dalam masa 2 hari. Itu tak termasuk tiket ciplak dan tiket wayang lagi or even tiket tengok kat kedai mamak lepas balik keje. Kalau kira, mau dekat 20 juta kot penontonnya.

Biasanyelah, kalau aku tengok bola kat stadium lebih2 lagi hari bekerja. If aku gerak dalam pukul 6, sampai stadium aku masih boleh pilih nak duduk kat mana. Tapi on the 28.07, aku kena carik seat sampai kat ke 2nd tier baru boleh dapat seat.





Ini kira kali kedua aku kena duduk 2nd tier. By 7:00pm, the stadium dah penuh to the brim. Outside, masih ramai yang cuba masuk. Its unfortunetely that those yang memang ada tiket tapi tak dapat masuk. Mesti diorang pon tak sangka yang stadium boleh penuh 1 jam lebih awal dari kick off.

Prior to the match, ramai fan Malaysia yang memang tak sabar nak tengok and nak mencemuh player Singapore which is their captain, Shahril Ishak yang membuat sign 'Loser' kepada fan Malaysia di stadium jalan Besar tempohari.




Aku rasa dia nak bagitau yang fan Malaysia tak berenti bersorak sepanjang game dah macam pelakon Glee kot. Tapi fan Malaysia mana minat Glee. So of coz mereka mengamuk.

Pantang ada player or even representative from Spore camp turun padang before the kick off, semua kena boo and kena teriak loser. Aku rasa if korang tengok kat tv pon bole dengar rasanya.

Bila Datuk K. Raja keluar dari tunnel & masuk padang, that's when the whole stadium erupted. Its good that he came out and circle the field while clapping his hand to show his appreciation to the crowd that show up. It really mean a lot to us fan.

Aku puas la carik mana budak2 Ultras duduk. Sebab pada kebiasaannya diorang akan duduk kat area penjuru gol dekat dengan board tunjukkan jam. Tapi masa game ni, tak nampak diorang kat situ. Aku pulak duduk di penjuru gol dekat dengan scoreboard. Sekali rupanya diorang duduk tier 1 bawah aku. Patutlah tempat aku duduk tu kecoh sentiasa.

The crowd was phenomenon. Aku rasa inilah the best game I've watch ever. Unfortunetely Harimau Malaya tak menang. If menang mesti lagi gempak.

Cuma aku nak komplen pasal pihak pengurusan stadium. Diorang macam tak pernah handle crowd banyak plak. Dah tau game abis, cepat2 lah bukak pintu keluar stadium. Alang orang tengok wayang pon 5 minit sebelum abis crita pon diorang dah bukak pintu keluar. Inikan tengok bola.

One more thing that aku nak komplen. Please la... No more lasering the goalkeeper. Dah jadi macam trend plak bile ada game vs. Malaysia, team lawan dah tau pasal laser ni and taking advantage from it by complaining to the referee. Nanti sapa yang susah? Team kita gak yang susah nanti.

So tengoklah gambar yang suka suka aku amik masa game tu. Can't wait for the next Harimau Malaya or Harimau Muda action.












posted from Bloggeroid