On the way balik dari Selama pada ahad lepas, 14.08.2011. Pada pukul lebih kurang 4:25 petang di km295.1 arah selatan PLUS berhampiran dengan exit Gopeng. Aku, Erma & Ayra mengalami kemalangan yang berkemungkinan boleh membawa maut.
Aku gagal mengawal kereta aku lalu menyebabkan kereta berpusing 2x dan melanggar divider tengah jalan. Kereta aku berhenti di tengah2 lorong perlahan kenderaan; melawan arus. Aku bawak 70km/j pada masa tu. Hujan yang lebat menyebabkan keempat2 tayar kereta aku tak grip jalan dan terus membuang or skid.
Sewaktu kemalangan, aku rasa kami memang takkan selamat masa tu. Sebaik sahaja kereta aku berhenti, aku terus tengok Erma & Ayra dibelakang. Alhamdulillah mereka ok. Aku bersyukur banyak2 kerana kami terselamat dalam kemalangan itu tanpa sebarang injury. Cuma trauma je yang masih menyelubungi diri.
Tak sempat aku keluar dari kereta, towing dah sampai. Alhamdulillah juga towing tu rupanya agent insurans aku. Plusronda pon tak lama lepas tu sampai. Kami dibawa ke balai polis Gopeng untuk membuat laporan polis. Dengan barang yang sarat dalam kereta, aku tak tau mcmane kami nak balik shah alam hari tu jugak. Alhamdulillah abang ipar sudi datang menyelamatkan kami. Dah la tak sempat berbuka dengan keluarganya, dia gerak setelah kami setuju mintak tolong dari dia.
Kami sekeluarga selamat sampai dirumah pada pukul 11:55 malam.
Bila aku tengok berita pasal kemalangan maut dijalan raya akibat terbabas, aku jadi sedih. Aku berpikir yang itu boleh jadi aku atau Erma atau Ayra. Sememangnya malang itu tidak berbau. Maka cerita Final destination yang ntah sampai nombor berapa nak abis tu memang menipulah.
Aku ingat lagi tiap kali on the way balik dari Selama ke Shah Alam, selepas jer terowong dan menuruni bukit dimana dulu ada tol booth, boleh kata 90% lalu situ mesti hujan. So aku memang dah tau yang memang banyak lopak air bertakung di situ. Lorong laju memang janganlah lalu unless tayar kereta ko berdiameter besar atau ko bawak 4x4. Kalau tak memang akan tersekat2 dek lopak air tu. Manalah aku nak tau tempat lain pulak yang jadinya.
Ini kiranya kemalangan aku yang ke 7 sepanjang 15 tahun pengalaman aku memandu. 2 motor & 5 kereta.Dan 2 yang terakhir tu, dalam bulan ramadan tahun ni. Memang banyak dugaan aku berpuasa tahun ni.
Tapi aku bersyukur sebab ramai yang mengambil berat pada kami sekeluarga. Pada yang telefon bertanya khabar, yang bagi pinjam kereta untuk aku meneruskan kehidupan seharian & of course keluarga abang ipar aku. Kami sekeluarga ucapkan jutaan terima kasih. Allah sahajalah yang mampu membalas jasa korang pada kami.

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment