Buku ke-9 dan mungkin yang terakhir untuk Saga Artakusiad versi 1986 ini, kembali membawa kita ke lembah Numerius bersambung dari buku ke-7 (buku ke-8; Cabaran Lodra, lebih menceritakan tentang sang naga, Karum). Kita dibawa kembali bersama Artakus dan 600 pahlawan Aurora yang tidak menyertai Olai Tannon, yang menjadi halangan terakhir tentera Morrok sebelum kembali menguasai laluan penting ke bumi Aurora itu.
Dari buku ke-7, kawan dapat merasakan yang perjuangan Artakus kali ini amat sukar tanpa bantuan ke semua puak-puak di bumi Aurora kerana bertembung dengan himpunan Olai Tannon yang mana semua puak di Aurora tidak dibenarkan berperang. Sebaliknya berhimpun memperingati dan berbincang tentang perihal kehidupan mereka. Jadi tidak salah jika kawan dapat rasakan pengaruh filem 300 di dalam plot ini.
Satu antara sebab kenapa kawan amat meminati karya abang Pat adalah apabila watak utamanya, Artakus menghadapi seterunya mahupun apabila Artakus berjuang di medan perang, Abang Pat akan membuatkan kita seolah-olah menjadi Artakus, berperang untuk kebebasan Aurora kerana setiap bait tulisannya dapat menggambarkan dengan jelas setiap peristiwa peperangan itu. Seperti bermain RPG game pula rasanya.
Antara adegan menarik didalam buku ke-9 SA ini adalah sambungan pertarungan diantara Artakus dan Jundak setelah mereka bertemu di Pulau Urul dahulu dan ending buku ini.
Namun kawan agak hampa kerana Wizra Magia Adi (means the lord of the Wizard), Merkia tiada kali ini di buku-9. Merkia amat sinonim dengan Artakus di mana Merkia senantiasa muncul untuk membantu Artakus (atau sebaliknya) untuk menumpaskan Morrok / Herakos / Osria. Namun ketiadaan Merkia seperti petanda bahawa kali ini, mungkin peperangan terakhir Pedang Aurora, Lodra Artakus dan mungkin dia akan mati mempertahankan lembah Numerius. Sama seperti King Leonidis of Sparta.
Terima kasih kepada Abang Pat yang sudi berkongsi karya beliau dengan kita semua. Pada yang tidak tahu, Abang Pat sebenarnya sudah menyiapkan SK pada tahun 2012. Namun, akibat penjualan buku ke-8, Cabaran Lodra tidak memberangsangkan, beliau seakan berpatah hati dan membuat keputusan untuk tidak menerbitkan buku ke-9 ini pada waktu itu. Kini, setelah menulis 2 lagi buku baru di bawah Kronika Nashan, Abang Pat sudi berkongsi dengan kita buku ke-9 di dalam Saga Artakusiad beliau.
Beliau juga kini sedang dalam proses menulis Saga Artakusiad 2017, di mana beliau menulis semula SA dari mula sewaktu Artakus muncul di lembah Erikas.
Semoga Abang Pat akan sentiasa dikurniakan ilham untuk terus berkarya kerana peminat beliau kini sudah semakin meningkat jumlahnya.
No comments:
Post a Comment