Saturday, November 05, 2011

LabbaikaAllah....

Alhamdulillah.

Pada 29.10.11 jam lebih kurang 12 tengah hari, ayah telah berangkat menunaikan haji dan ayah telah selamat sampai di Mekah jam 8 malam Malaysia atau jam 3 petang di Mekah.

Alhamdulillah jugak sebab ayah terbuka hatinya nak pergi menunaikan rukun Islam yang kelima tu tahun ni. Sebab sebelum ni, ayah agak berat untuk meninggalkan kami....well actually ayah berat untuk meninggalkan rumahnya, tanam tanamannya, ayamnya etc. Jadi bila mendapat tau yang ayah nak menunaikan haji, aku jadi gembira dan bersyukur.

Since mak dah pergi bersama dengan pak lang pada tahun 2009 just right after Ayra lahir, pada mulanya risau juga sebab memikirkan siapa yang akan meneman ayah di sana. Di tambah pulak syarat tabung haji yang menghendakkan jemaah haji yang berumur lebih dari 70 tahun perlu ditemani kerana faktor usia. So realistically, aku kena ikut ayah. Tapi alhamdulillah, dengan bantuan pak lang, ayah akan ditemani sepupu mak lang yang turut berangkat menunaikan ibadat haji bersama sama ayah.




The night before ayah berangkat menunaikan haji, kami sekeluarga telah membuat kenduri doa selamat untuk ayah dan juga menempelkan untuk Ayra sekali. Since dia pon dah nak dua tahun 3 hari selepas tu. So kitorg jemput saudara terdekat jer.

Alhmdulillah ramai gak yang datang to my first ever organize event. Eventho pada sebelah petangnya hujan lebat yang amat, bile lepas maghrib jer, hujan pun reda. Kenduri yang earlier plan utk selepas maghrib terpaksa di postponekan ke selepas isyak kerana jemputan banyak yang terkandas dalam jem.




Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Sekarang ayah berada di Arafah untuk menunaikan wukuf. Ayah rajin jugak call untuk memberitahu khabarnya di sana. Alhamdulillah dia selamat di sana. Pada hari hari awal di sana, dengar suaranya sungguh ceria. Cuma 2 3 hari ni dia dah start selesema dan batuk. But its normal for jemaah haji di sana.




Kami sekeluarga sentiasa mendoakan agar ayah beroleh haji yang mabrur, sihat untuk menunaikan semua rukun rukun haji dan semoga ayah selamat pulang pada 9.12.11.

Bersempena dengan hari raya AidilAdha yang bakal di sambut esok. Kami sekeluarga mengucapkan Selamat hari raya Qurban. Semoga semua amalan kita selama ini diterimaNya. InsyaAllah.

posted from Bloggeroid

No comments: