Wednesday, March 20, 2013

Malaysia FA Cup 2013


Piala FA Malaysia sudah memasuki pusingan Suku Akhir. Cuma Sarawak sahaja yang masih menunggu lawan mereka antara Kelantan atau Selangor PKNS di peringkat Suku Akhir.

Jadual-jadual penuh perlawanan Piala FA adalah seperti berikut:

Pusingan Ke-2
1 April 2013
Kelantan vs. Selangor PKNS

Suku Akhir

6 April 2013
Kelantan/Selangor PKNS vs. Sarawak
Negeri Sembilan vs. Terengganu
Johor DT vs. Selangor
Pahang vs. Sime Darby FC

16 April 2013
Sarawak vs. Kelantan/Selangor PKNS
Terengganu vs. Negeri Sembilan
Selangor vs. Johor DT
Sime Darby FC vs. Pahang

Separuh Akhir: 25 & 28 Mei 2013

Finale: 26 Jun 2013

FAM telah mengubah format perlawanan musim ini dengan memperkenalkan perlawanan timbal balik bermula pada pusingan suku akhir. Kawan melihat perkembangan ini bagai menyamakan Piala FA Malaysia dengan Piala Liga Inggeris. Mungkin FAM berpendapat dengan mengubah format ini dapat menarik minat penyokong kedua-dua pasukan bertanding dan menaikkan rating Piala FA ini.

Bagi peringkat Suku Akhir, kawan melihat pertembungan Johor DT menentang Selangor merupakan perlawanan pilihan. Selepas Selangor berjaya membelasah Johor DT 4-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam pada 9 Mac yang lepas, sudah tentu ramai yang mahu melihat bagaimana reaksi Johor DT menanti kunjungan Selangor pada 6 April 2013.

Bagi perlawanan lain, kawan melihat pasukan 'favourite' bakal meneruskan cabaran. Mereka adalah Kelantan, Terengganu & Pahang. Sudah tentu ramai yang melabel Johor DT sebagai 'favourite' untuk memenangi perlawanan timbal balik menentang Selangor. Tetapi bagi kawan, keputusan di Stadium Tan Sri Hassan Yunus bakal memberi petanda, siapa yang bakal mara ke peringkat separuh akhir. Jika Johor DT menang dengan margin 2 gol, mereka bakal layak. Namun jika Johor DT menang tipis dengan perbezaan 1 gol, maka Selangor mempunyai peluang cerah untuk mara ke peringkat seterusnya.

Melihat prestasi semasa, agak sukar untuk melihat Johor DT menewaskan Selangor dengan margin 2 gol. Tetapi seperti simpulan bahasa (?) bola itu bulat, apa-apa boleh berlaku dalam perlawanan ini.

Kawan akan update lagi pertengahan bulan depan bagi perkembangan terkini Piala FA.


1 comment:

balerdgabehart said...

1xBet - Horse Racing Bets, Tips, and Odds
1Xbet is one of the leading online 순천 출장안마 sports betting and gaming companies. 1xbet 먹튀 It 보령 출장안마 has 울산광역 출장안마 recently launched the largest collection 메이피로출장마사지 of betting tips and odds on horse racing