Thursday, March 21, 2013

Stay fit please, Mozehan


Kawan sekarang berumur awal 30-an (ceh!). Mempunyai polar pemakanan yang tidak sihat. Kurang bersukan. Berpotensi untuk menhidapi darah tinggi dan kencing manis melihat kedua ibubapaku yang memilikinya. Maka, kawan boleh simpulkan yang kawan ini dah tau, tapi buat-buat tak tahu.

Kawan suka bersukan. Bola padang, futsal, badminton, jogging, berenang adalah antara yang kawan minat. Masalahnya kawan tidak mempunyai teman yang cukup ramai untuk menjalankan aktiviti ini. Almaklum, kebanyakan rakan-rakan, pabila sudah berkahwin lebih gemar beriadah bersama keluarga. Itu tidak kawan nafikan, kawan pun suka (hehe) tetapi lebih seronok untuk mengeluarkan peluh sewaktu bersukan.

Kawan suka makan. Waktu zaman U dulu, kawan pun memang suka makan. Namun, berat badan kawan boleh maksima ke 56kg sahaja. Namun, bila masuk alam pekerjaan...bagai dipam-pam. Lagilah pabila berkahwin....Pernah berat kawan hampir jejak 80KG! Adoi!! Masa tu kawan pikir, kalau terus macam ni, memang cepatlah penyakit berkaitan jantung menyerang kawan. Mana tidaknya, semua makanan beli di kedai. Goreng-gorengan sesaja. Tahap kolesterolnya....Nauzubillah.

Alhamdulillah, kawan bertekad untuk merubah semua itu. Terutama sejak awal tahun lepas. Bagi memberi motivasi untuk Erma menurunkan berat badannya, kawan sign her up for gym. Sekali dengan kawan pon terjebak. Kerana memikirkan pada masa tu, kawan memang tidak bersenam langsung. Tetapi seperti biasa, hangat-hangat taik ayam menyerang kami berdua. Itupun kerana niat asalnya untuk berhenti sebelum bulan puasa dan akan sambung semula selepas raya. Hm.... rupanya ........ke laut.

Kemudian TMJ muncul untuk membina empayar Johor. Eh, apa kena mengena semua ni dengan TMJ dan Johor DT? Sejak musim 2013 bermula, maka bermulalah kembali kawan bersukan. Kawan y7yubvvvvvvikkkkkkkkkk,lbl';n,';[gv'b vcl, bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb

Heheh...Sorry. Ayra berblog sekejap tadi.

Kawan mula menyertai aktiviti Johor Fan Club Lembah Klang(JFCLK). Niat awal cuma untuk membeli jersi Johor DT sahaja kerana mereka senang untuk mendapatkan merchandise Johor yang original, namun nak dijadikan cerita...terjumpa pulak dengan rakan sekolah agama kawan dulu, Rashidi. Rupanya dia merupakan AJK yang aktif dalam JFCLK. So bermulalah aktiviti kelab bermain futsal, tengok game bola live sama ada di stadium atau di lokasi yang di beritahu dan bermain bola padang.






Maka bagai pucuk dicita, ulam mendatang ler...

Namun, bagi kawan...itu semua belum cukup. Polar pemakanan kawan yang...ntahapaapaentah pon perlu diberi perhatian.. Maka kawan mengambil inisiatif dengan berbekalkan teknologi terkini, memuat turun (rasa sungguh poyo plak tulis semua dalam BM rasmi) aplikasi yang boleh track aktiviti kawan. Banyak gak yang kawan survey, nyudahnya kawan guna



Ia boleh track berapa kalori kita consume, berapa burn calories kalau kita beriadah. Ia juga boleh track berat badan kita dan set target kalori sehari yang kita perlu consume untuk mencapa berat badan yang kita inginkan.


Main Page


My Diary

Cuma seperti aplikasi lain, semua bergantung kepada kita. Nak ke tidak isikan setiap hari menatang nih. So far, kawan on and off isikan diari kawan. So nasiblah... Oh lupa plak. Ia boleh dimuat turun dari Google Play or Appstore.

Jadi kawan nak further improve and discipline myself in order to keep myself fit and healthy. So kawan berniat untuk membeli gajet kesihatan seterusnya yang bakal memudahkan kawan keep track of all my activity from waking up in the morning until I open back my eyes after sleep at night. Buat masa ni, kawan bagi tengok gambarnya dulu, next post kawan akan terangkan lebih lanjut...


Nike+ Fuelband

or


Jawbone Up

or


Fitbit plus

 or the latest version which going to be launch Spring 2013


Fitbit Flex

If nak tau lebih lanjut, korang google ler menatang-menatang ni...sebelum kawan explain kengdian..

Wasalam..




No comments: