Bagi ramai orang tempoh itu sekejap sahaja. Bagi kawan, macam2 telah kawan lalui sejak menjadi seorang suami dan ayah. Apa yang kawan lihat ayah dan mak dan cuba jadikan sebagai pedoman adalah amat terhad persamaannya.
Kami hidup di dunia yang berbeza. Sama seperti bila ayah membebel bila kawan nak beli itu ini, pergi sana sini, pabila dia mula membandingkan semasa dia kecil dengan sewaktu kawan kecil. Sekarang bila kawan nak membebel pada Ayra pun tidak boleh menyamakan zaman kawan kecil dengan zaman sekarang.
Semuanya berbeza.
Alhamdulillah, kawan dan Erma telah berjaya bertahan selama 6 tahun dan semoga ikatan cinta kami kekal hingga syurga.
Untuk itu, seperti tahun lepas, kawan membuat satu MV cikai bertaraf 1/2 bintang untuk memperingati kawan dan Erma tentang apa yang telah kami sama2 lalui selama 5 tahun yang sudah.
I love you Erma. Till Jannah. In Sya Allah
No comments:
Post a Comment