Friday, August 16, 2013

Watsons Piala Malaysia 2013: Analisa kumpulan


Selepas undian untuk peringkat kumpulan selesai di buat, kawan mengandaikan begini:




1. Johor DT pasukan paling bertuah kerana di undi didalam kumpulan yang paling mudah.

2. Group of Death adalah kumpulan C di mana pasukan pantai timur bakal bertemu sesama sendiri dan Negeri Sembilan menjadi pasukan pengacau.

3. LionsXII juga berpeluang cerah untuk mara ke pusingan suku akhir. Namun bakal mendapat tentangan sengit daripada Sarawak dan Perak.



So this will be my prediction on which team that will proceed to the next stage. But before that, a few items need to be highlighted 1st:



1. Pasukan pilihan iaitu LionsXII, Selangor, Johor DT & Kelantan mempunyai peluang cerah menjadi juara.

2. ATM, Perak dan Sarawak juga mempunyai peluang jika berjaya mara ke peringkat akhir.

3. Pasukan lain yang perlu diberi perhatian adalah …….takde kot.

4. Pasukan yang bermain di halaman sendiri didalam 2 perlawanan terakhir peringkat kumpulan bakal menentukan siapa juara dan naib juara kumpulan.



Melalui jadual perlawanan yang mana kawan ada postkan sebelum ini, kawan merasakan pasukan yang akan layak ke peringkat suku akhir adalah:



Kumpulan A – ATM dan Selangor.

Kumpulan B – Johor DT dan PKNS.

Kumpulan C – Kelantan dan Terengganu.

Kumpulan D – Sarawak dan LionsXII.



Suku Akhir



LionsXII vs. ATM

PKNS vs. Kelantan

Terengganu vs. Johor DT

Selangor vs. Sarawak



Separuh Akhir



LionsXII vs. Kelantan

Selangor vs. Johor DT



Akhir



…………….



Sebetulnya, jika ramalan kawan tentang perlawanan semifinal betul, Piala Malaysia tahun ini bakal menjadi antara yang terbaik dan paling mencabar. Ini kerana semua pasukan favourite mempunyai peluang untuk menjadi juara. Namun harus di ingat yang Kelantan selaku juara bertahan pastinya mempunyai kelebihan berbanding pasukan yang lain. Kawan agak sukar untuk menentukan siapa yang bakal menjadi juara kerana keempat-empat pasukan adalah yang terbaik untuk musim ini.



Kawan akan update analysis ini bila kesemua perlawanan peringkat kumpulan tamat kelak. Buat masa ini, just enjoy the matches and may the best team win!

No comments: