Wednesday, November 21, 2012

Previu skuad Harimau Malaya menjelang Piala AFF Suzuki 2012



Beberapa hari lagi, semua kaki bola di Malaysia akan kembali panas. Bukan panas sebab cepat sangat Diana Danielle mengandung walaupon baru kawin beberapa minggu. Tetapi kerana Harimau Malaya akan kembali beraksi untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada tahun 2010. Untuk mengimbas kembali kenangan manis pada tahun 2010 tersebut, silalah klik sini (Promote, jangan tak promote blog sendiri).

Hancing...


Iye… memang kalau ikutkan hati, memang nak menyumpah jer tengok aksi Harimau Malaya sekarang ni. Setelah beberapa perlawanan persahabatan, kita hanya menang 2-0 dengan Hong Kong di gelanggang lawan dan selainnya hampeh. Tapi memang hakikatnya dari dulu lagi kita memang menyumpah tengok Harimau Malaya yang tidak main macam Sepangnyol yang maha hebat. Cuma, bila Harimau Malaya memenangi pingat emas sukan SEA 2009, skuad Harimau Malaya terlampau hebat hingga mengekalkan pingat emas sukan SEA 2011 di Gelora Bong Karno dan of cos…menjadi johan Piala AFF Suzuki 2010.


So macamana skuad Piala AFF Suzuki 2012? Mari kita tengok senarai penuh skuad Harimau Malaya 2012.

Penjaga Gol

1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

2. Mohd Farizal Marlias (Negeri Sembilan)

Pertahanan

3. Mohd Bunyamin Omar (Selangor)

4. Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu)

5. Mahalli Jasuli (Harimau Muda A)

6. Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda A)

7. Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak (ATM)

8. Faizal Muhammad (Kelantan)

9. Mohd Azmi Muslim (ATM)



Tengah

10. Amar Rohidan (Kedah)

11. Baddrol Bakhtiar (Kedah)

12. Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)

13. Safiq Rahim (Selangor)

14. S Kunanlan (Negeri Sembilan)

15. Mohd Shakir Shaari (Kelantan)

16. Gary Steven Robbat (Harimau Muda A)

17. Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda A)

18. Azamuddin Md. Akil (Pahang)



Penyerang

19. Mohd Safee Mohd Sali (Pelita Jaya)

20. Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

21. Ahmad Hazwan Bakri (Harimau Muda A)

22. Ahmad Fakri Saarani (FELDA United)

Dah ler aku jauh, sampai hati tak panggil aku,,,isk

Pasal jual Nasi Lemak ke tak dapat panggilan skuad kebangsaan?

Sedikit terkilan bila nama boy wonder Nazmi Faiz tidak di panggil langsung untuk senarai panjang apatah lagi senarai pendek oleh Datuk K. Begitu juga Badri Razi yang memainkan peranan penting untuk The Red Warrior menang treble musim ni. Bagi kawan, bahagian tengah ler bahagian paling rapuh untuk pasukan ini. Bila Safiq off form, Harimau Malaya mesti main teruk. Itulah sebabnya perlunya beberapa pemain perancang diserapkan dalam pasukan. Kalau perancang keluarga, rasanya sudah ramai yang berada dalam pasukan ini. Playmaker amatlah penting untuk sesebuah pasukan. Tanpa playmaker, macamanalah pasukan nak mengerakkan permainan? Mungkin disitulah peranan Baddrol Bakhtiar dalam pasukan ini. Kapitan skuad Sukan SEA 2011.


Mari kita imbas kembali kesebelasan utama pasukan Harimau Malaya pada tahun 2010.

    Pada masa itu, Amar Rohidan dan Safiq Rahim membentuk pasangan tengah yang ampuh. Amar Rohidan mengagalkan semua perancangan playmaker pasukan lawan. Dan yang paling penting pada masa itu, penyerang kita tengah top form kedua-duanya. Sekarang, disebabkan game yang terlalu banyak untuk pasukan Kelantan dan juga prestasi tidak menentu Pelita Jaya, kedua-dua penyerang utama kita dah off form.   Jangkaan kesebelasan utama Piala AFF 2012 Datuk K:




First XI atas ini berdasarkan prestasi semasa dan juga penampilan pada setiap perlawanan persahabatan yang Datuk K aturkan. Datuk K bakal mengekalkan hamper kesebelasan yang sama seperti tahun 2010 kecuali kemasukkan Wan Zack yang kawan rasakan amatlah sesuai kerana prestasi beliau bersama Harimau Muda A di liga Singapura. Cuma seperti yang kawan katakan tadi, prestasi semasa dan fitness memainkan peranan yang penting. Haruslah di ingat semua pasukan lawan kini amatlah teringin untuk menewaskan Harimau Malaya. Itulah lumrah juara bertahan.

Maka sebagai pemerhati tak berbayar yang tiada tauliah, berikut pula kesebelasan utama yang kawan rasakan amatlah sesuai dengan kelompok pemain yang kita ada:



Mesti korang akan bertanya kenapa perlu bermain formasi 4-2-3-1 dan bukan 4-4-2? Sebenarnya Nurshahrul Idlan amatlah gemar bermain dibahagian flank sama ada kiri atau kanan. Maka formasi inilah yang amat sesuai dengan dia dan juga Wan Zack Haikal. Baddrol patut diberikan peluang untuk menjadi pemain perancang kerana through ballnya yang cantik dan sudah tentu kerana dia suka merembat dari jauh. Menggunakan formasi ini gak, Safiq akan lebih bebas mengemudi bahagian tengah dengan lebih efektif.


Kalau serangan dan tengah beraksi baik, bahagian pertahanan akan kurang pressure dan akan bermain lebih baik. Macam bagus pulak kawan punya formasi ni. Tapi inilah formasi yang kawan gunakan untuk Pro Evolution Soccer 2013 dan berhasil membawa Malaysia memenangi Piala Dunia 2014 di Brazil. Lol.

Ini pula jadual perlawanan bagi setiap kumpulan.


Since kita bermain di halaman sendiri, maka wajib untuk kita menang semua perlawanan. Walaupun terpaksa menentang Singapura, Laos apatah lagi Thailand. Semoga semua perlawanan persahabatan yang diatur berjaya menajamkan lagi persefahaman pasukan. Walaupun perlawanan persahabatan yang dijalankan banyak digunakan untuk menguji pemain, semoga senarai terakhir yang bakal di umumkan sehari sebelum sepak mula 25hb November kelak bakal membuahkan hasil kepada perancangan Datuk K.


Kalau korang rajin, jengok-jengok ler stadium bukit Jalil tu memberi sokongan. Jangan nak harapkan Ultras jer yang tak henti-henti menyorak pasukan kebangsaan kita walaupun bilangan Bangla lebih ramai dari bilangan Ultras. Jangan juga time team menang jer sokong, bile kalah membenci. Kan benci tu tandanya rindu. Kehkeh.. Maka sokonglah pasukan kebangsaan kita. Semoga mereka berjaya menjadi juara bertahan. Mana tau, 24 Disember nanti Najib bagi cuti umum. Kan untung kita jugak.


Akhir kata, sokonglah pasukan kebangsaan kita. Kalau bukan kita, sapa lagi?

2 comments:

moze said...

Perkembangan terkini.. Azamuddin Akil (Pahang) di panggil semula bagi menggantikan Zaquan Adha yang tercedera semasa friendly dengan Bangla hari tu..

moze said...
This comment has been removed by the author.