Monday, February 23, 2009

Doa Sewaktu Bersujud dan Kelebihannnya

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya.
Sabda Rasulullah SAW; "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya." Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salahsatunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktusujud akhir dalam solat.
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal , imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaanAllah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud danmemperbanyakkan doa di dalamnya.
Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud. Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalamsabdanya yang bermaksud;
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat. " Mendengar itu para sahabat bertanya; "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah? "
Jawab baginda; "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakahengkau tidak dapat mengenalinya?" Sahabat menjawab; "Dapat!" Rasulullah menyambung; "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat)muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (didunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putihberseri-seri oleh cahaya wudhu'.

KEISTIMEWAANNYA
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Apabila Allah hendakmelimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Diakehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkanorang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan merekadikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allahmenegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalumereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akandimakan api neraka selain bekas sujud."
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujudmendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa.Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akanmenjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat. Wallahualam bissawab.

No comments: