Hehe...
Rasa mcm lawak plak tulis tajuk kat atas guna BM. Tp disebabkan darah patriotik telah kembali, blog ini akan berubah. Berubah bukan apa pon, berubah bahasa. Semoga perubahan ini dpt menguatkan kembali semangat kenegaraan yg nampak semakin pudar pada anak muda (muda dr wa la) sekarang ni.
Pagi td pegi seminar yg dianjurkan oleh majikan (peliknye bunyi! nak sebut company). Seminar ni mmg tiap-tiap tahun dibuat. So harapan utk mendengar berita baik spt keuntungan syarikat dan semestinya berapa bulan bonus dpt dinanti-nanti oleh semua.
Tetapi bila terlihat tajuk seminar yg akan dikupas (pergh... ayat!) "A time of crisis", maka dijangkakan berita buruklah yg akan diterima, bukanlah spt tahun-tahun sudah. Semua org tau yg dunia sedang mengalami kegawatan. Bermula di US dan sekarang telah menular ke serata dunia. maka, Malaysia tidak dpt tidak pasti akan merasai kesannya.
Impaknya nmpk gaya pasti lebih teruk dari 1997. Dengan cawangan di Indonesia dan Vietnam dijadikan contoh, inflasi dan kadar tukaran asing yg melambung tiggi mengakibatkan cawangan syarikat di luar negara mengalami kerugian buat kali pertama. Maka di pasaran domestik, impaknya sudah pasti dijangkakan lebih teruk. Maka, sudah semestinya syarikat sudah merencanakan pelan bertindak sekiranya kesan kegawatan ekonomi melanda syarikat. Antaranya seperti bekerja 4 hari seminggu, tiada kerja lebih masa atau 2 shif, ambil cuti tahunan dan jika perlu, pembuangan pekerja akan dilakukan.
Wa dah mula rasa impaknya. Sebarang kelewatan dalam pembayaran dari pelanggan ataupun apa-apa yg berkenaan dgn duit, wa kena cari jln penyelesaian bg syarikat tidak menanggung sebarang kelewatan dlm pembayaran ataupun pemotongan. Oklah tu. Mmg sebahagian dr portfolio wa sebagai pegawai pemasaran. tp yg x bestnye, salah org lain yg mungkin menyebabkan syarikat akan kehilangan duit, wa pulak yg kena selesaikan. Siap kena maki hamun dr direktor wa lagi!
Itulah antara impak awal yg dah mula dirasai. Belum lagi pabila kesan kegawatan dirasai sepenuhnya oleh syarikat. Habis semua telor tembelang yg di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu pasti terbongkar kerana bila kegawatan dirasai, syarikat pasti akan lebih kritikal dlm hal ehwal yg berkaitan dgn kewangan syarikat.
Maka, dah dpt lah wa gmbrkan bagaimana kerja wa akan bertambah lagi kelak. Nak buat mcmane... nak cari kerja lain.. dlm keadaan sekarang ni bukan senang beb! Sabo je lah...
Jadi setelah keinsapan menguasai diri (tp x tau ler brape lama..hehe), kenalah lepas ni berjimat cermat. bijak ketika berbelanja dan apa sajalah yg ada kena mengena dgn duit. Semoga sesudah kegawatan ekonomi ini berlalu, ada sinar di penghujungnya.
No comments:
Post a Comment